Saturday 31 March 2012

Wordless Tonite





do not let the past bring down of u.
past is just a history.


pssttt : always motivate myself.



Thursday 29 March 2012

Sarapan Tengah Hari

Elok la kan...waktu petang-petang macam ni saya buat entry pasal makanan...elok sebabnya bila petang menganjak baru la tuan badan cekeding ni dapat mengisi perutnya. Kombo siap! Pagi, tengah hari dan malam. Tapi ada ke sarapan tengah hari?? Bukan tengah hari orang panggil makan tengah hari atau omputihnya LUNCH...hahaha. Kalau tanya saya sarapan la jawapannya...sebab saya dah berzaman tak sarapan pagi kalau kat hostel. Kalau balik kampung baru jumpe sarapan pagi ni...huhu. Kasihan... ;p

Okeh la. Tak pernah-pernah belog saya pamerkan entry pasal makanan. Tapi bila tengah lapar macam ni...pastu terbukak pulak gambar-gambar makanan yang boleh meragut kesabaran...mana tak melelehnya air liur ni...slurpp slurppp.. * bunyi orang meleleh air liuq yang tak senonoh

Meh la kome-kome menjamu mata dengan makanan yang saya nak pamer ni...sedia la tisu takut-takut meleleh jugak teliuqq kan...hihi.


*udang dengan rambu-rambu telur


Tolong.....tolong...tak mampu menahan godaan udang tersebut. My peberet seafood ever selain ketam. Apa ehh nama dia...udang rambu-rambu kot. Nama saitifik menu ini tak lah pulak saya ambik tahu. Asal sedap menyelerakan tak tahu nama makanan pon takpe.hik3...


Okeh. Tengok yang bawah ni pulak. Kalau tak tergoda jugak tak tahulah. Anda memang tak bernafsu.hik3 


* kok kokk kokkk...bunyik ayam


Ayam golek in da house! Ha..hebat tak ayam golek ni?? Sebijik macam ayam kan..hihi. Awas...karang silap-silap ayam tu terbang. Kategori sedap adalah 5 bintang.





Dan di saat cuaca yang panas seperti cuaca di UMP Pekan ini...amat mujarab kalau anda dapat makan buah se juicy ini...menggetarkan jiwa betul warna buah tembikai ni kan. 

Ohhh...tidak-tidak. Tak nak dah tengok gambar-gambar makanan ni. Berkeroncong perut comel ku.teeheehee... 

Tak pelik ke tengok gambar makanan di hias secantek di atas?? Ha...ni la antara menu-menu yang dihidang atas meja beradab time abang saya kahwin hari tu...time belah kami punya turn. Yang udang kat atas tu mak mentua along saya buatkan. Ayam golek yang power giler tu pulak mak sedare saya yang buatkan. Memang tak tahan. Habis je pengantin angkat bontot pas majlis makan-makan tu...saya la orang pertama yang menyerang meja pengantin.hek3... I bukan makan sisa-sisa ye...dah aim dah. Tak kannya pengantin nak melahap ayam golek dengan pakai cantek-cantek and make-up segala bagai. So lauk-pauk yang cantek-cantek tu semua jadik kepunyaan kami si penyerang meja makan pengantin...hihi...
-
-

Fyi...saya ni ada poblem craving tengah-tengah malam. Al-maklumlah salu stay-up tido lambat. Opkos la perut lapar kan...tahu apa saya buat?? Saya akan bukak dua belog peberet ni...pastu jamu lah mata saya dengan lauk-pauk yang ohsem dan cookies-cookies yang gojes sampai saya rasa kenyang.hahaha...


Dua belog yang salu ku terjah saat kelaporan : -

&


Sekian sahaja entry makanan-makanan yang tidak kena langsung dengan tajuknya.huk3..nak makan break-lunch-dinner nih. Babai... >_<



pssttt : Kul 5 petang baru jumpa nasi...kasihan... T_T



Wednesday 28 March 2012

Wordless Wed. #6 - Gambar Jilaka Abad Ini

* abai lerr cahaya nur di wajah ini.


hahahahahahahaha x30...
- rujuk anak panah - 
x pasan pulak uya ade kat blakang.
bertambah-tambah mancung hidung uya
bila bunga payung betul-betul teletak atas hidungnya.
strategik tul picture.
hikhikhik.... >_<


p/s: jilaka = jikalau kelakar >_<




Tuesday 27 March 2012

Hok aloh! Baju Baru Lagi...


Teeheehee...no no salah faham oke. Bukan saya punya ye baju baru tu...takde maknanya saya nak cite baju baru saya...malu kokram ehh baju kite tak branded pon...huhu. Beli longgok je. ;) 

Sebenarnya...nak bagitaw untuk kali ketiganya blog saya berubah wajah lagi...huhu ;). Akhirnya kali ni betol-betol puas hati...sebabnya dah berjaya cari template yang plain dan agak soft. Memula wat blog dulu takde identiti lagi...asal cari template nak yang comel-comel aje. After dah bebrape bulan ni...dah rajin cket nak blogwalking...tengok template blogger tu..tengok template blogger ni...rasa berkenan kat jenis template yang plain je...mata pon tak serabut nak tengok..kan. >.<

Tapi yang paling pentingya...template baru ni bleh letak pic beso-beso.huhu...tak kisahlah pic-pic dalam blog ni sume pakai kamera cap ayam..tapi asal saya sendiri puas hati tengok cukuplah.huhu... Becite-cite gak nak ada camwhore best-best..tapi tunggu je la dah keje seksok dah ada duit berkepok-kepok dalam handbag baru saya pegi beli.hehe...

Pejam celik tengok bulan tiga tinggal bape hari je lagi nak habis...kehidupan makin sibuk. Boleh tengok betapa bezanya jumlah post bulan-bulan lepas dengan post bulan ni. Rasa-rasanya makin bergerak masa saya semakin sibuk. Dahlah orangnya memang suka wat keje last minute...huhu. Ni pon tengah minggu test...cilok mase jap berbelog.hehe... Malam nanti ada test techno. Hari jumaat test data comm. Harap-harap sume oke. Paling penting final year projek saya...Ya Tuhan...bantulah hambaMu ini...semoge semuanya berjalan lancar. Amin... Tiba masanya akan saya cite serba sedikit mengenai final year project saya...but i'm admit awal-awal lagi..i'm not good in hardware...either software too..but i try my best! Dis is for my degree...for my life.



pssttt : just a short entry ;)


Friday 23 March 2012

Cerita Dia


Sempurna...
Cerita yang tak sempurna
Apakah alasannya
Siapakah di hatinya...

Bahasaku...
Mungkin tidak seindah
Lafaz kata pujangga
Namun ku bersumpah..

Rela ku tunggu...
Jawapanmu....
Masihkah aku ada 
Di hatimu...saat ini

Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku
Tak bernyawa lagi...
Sampai nanti...

Rela ku tunggu...
Jawapanmu...
Masihkah aku ada
Di hatimu...saat ini

Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku
Tak bernyawa lagi...

Saat ini...
Rela ku tunggu...
Jawapanmu...

Masihkah aku ada
Di hatimu...
Saat ini...


( Drama Band - Cerita Dia )


------------------------------------------------------
*lagu best


pssttt : live well~

Wednesday 21 March 2012

Wordless Wed. #5 - I'm No Longer a Facebook User


since when??

a month ago.

(^-^)



pssttt : kept asking myself..either to being cool or heartless??


Monday 19 March 2012

My Bro's Big Day - Majlis Sambut Menantu Belah Kami ;=)

Hihi...panjang betol tajuk. Takpe..panjang bia kasi senang paham! *angguk-angguk 

Well...ni last post edisi My Bro's Big Day. Amik masa dua hari after dua post sebelumnya sebab malas tahap tapir nak bukak belog pastu nak tekan new post. Harus faham bahawa saya mempunyai komitmen yang cukup besar as a final year student and paling penting as a KOREAN FANS. Study 2 jam...dan 22 jam lagi tengok korea kah??hikhik *angguk lagi sekali

Baiklah...straight to da point. Majlis sambut menantu yang diadakan sebelah pihak kami pulak berlangsung pada hari rabu bersamaan 14hb Mac 2012. Kalau area bandar siap tetap waktu dari kul 12 tengahhari sampai 4 petang. Tapi kami tak...orang kampung kalau wat kenduri sampai ke malam pon ade orang datang. Boleh je lagi nak jamu tetamu if lauk-pauk tak abis lagi.huhu

See...bestnye kenduri kat kampung..bila-bila masa boleh pergi makan. Anytime. No limit-limit! Tapi yang tak bestnye...tuan rumah macam saya nak tercabut kaki pinggan mangkuk dari pagi sampai ke malam tak duk diam.huhu...takpe..kenduri jarang sekali je kan.hihi

Kalau cite saje tak best. Tak nampak gambaran dia kan?? Hah. Meh sini..saya bagi gambar bia jelas sikit gambaran pada hari tersebut.huu..cekidout! ;)



Yuhhuu...goodies yang banyak kutumpahkan kudratku. Dari pergi beli gula-gula, cekedis, rebus telur sampailah nak bagi ke tetamu pon saya urus. Naseb baik ada bantuan flower gurl..anak sdare yang memang dah ditugaskan bahagi goodies tuk para tetamu iaitu Amalin. Tapi ntah mana silapnya tak sampai petang goodies dah abih! Rasa-rasa dah sedia banyak...nak cakap orang ramai datang melebihi sasaran tak jugak. Erghh..tak tahu lah. Ada alian turun amik kot.huhu.. Oh lupa. Nampak tak goody bag yang besar tu...ada pic pengantin kat kotak tu kan??hehe... Kredit to both of them. Cken and salina! They're great enuf bab-bab editing nih.hee ;) *jangan isaw. aku punye turn tak suh korang wat lagi dah. aku tempah designer wat teros.hee ;)






Untuk sebelah kami tak tempah pelamin pun..abg syam tak nak. Dia cakap nak tempah tuk bilik je. Tapi sedih sekali..sob3. Takde pon gambar saya dalam bilik ni...tuan rumah sibuk uruskan mende lain sampai tak sempat masuk gambar pada hari tersebut. T_T


yeayy!! dah masuk camwhore! -> tengah tunggu rombongan 
pengantin pompuan sampai..





Set biru pulak diorang pilih untuk majlis kali ni. Suka jugak combinantion biru dan pink ni. Sweet je kan.huhu.. Tapi pastu kan...dua orang pengantin ni lesap! Pegi photoshoot outdoor. Tak baik betul meninggalkan tetamu tengah-tengah majlis. Tapi nak wat camne...dah kene ikut jadual photographer nye. Bagi je la...huhu. 

Tiga keping pic outdoor yang saya sempat share. Yang saya rasa paling nice. Oh..bukan dari camwhore photographer diorang..ni si amatur Aimi, anak sdare saya yang lebih tumbesaran dari ciksunya itu. Dia ikut time pengantin pegi photoshoot tu. Saje nak suh dia asah bakat guna camwhore yang ada lense nih.







Semua gambar adalah non-editing. Not bad la kan...kakak aimi pun baru belajar guna kamera camtu. Kalau bagi saya haram tak reti langsung.teeheehee...(boleh tekan gambar tersebut untuk tumbesaran gambar yang lebih jelas)

After pengantin balik baru lah nak ada pic kami-kami ha...tu pun semua dah sememeh muka sebab dah penat dan hari pon dah nak masuk petang.huk3


Kami menjadi begitu kerdil berdiri disebelah kakak ipar..huhu
Tengok gelagat uya tu...tak matang tul amik gambar.hikhik
In factnye uya dan kakak ipar baru adlh same umo.huhu..



Itu sahaja pic-pic yang terlarat saya share dalam blog cekeding saya nih.huhu... Dengan berakhir majlis pada hari tersebut maka selesai sudah my brother's big days... Tahniah lagi sekali dari owner blog, Huda Sindarela.hik3..poodahh!


// Soalan tak best di tanya oleh para tetamu...

     Pak Cik Tetamu : Nurul bila lagi??  Zura dah bulan 6 nanti..nurul bila pulak??
     Nurul a.k.a Huda Sindarela : %^*&@!&~ (bukan mencarut)

// Kalau dibilang ngan jari..ada lah dalam 7 8 orang tanya gitu....sigghhh =.=



pssttt: baru tahu jugak nih..gambar dalam blog akan di view besar kalau kita tekan gambar tersebut. tak payah tekan satu-satu...tekan satu gambar je pastu semua gambar boleh display macam kat dlm fb..huk3. Best2!! ----> AKU HIDUP DIZAMAN BATU.... =.='



Saturday 17 March 2012

My Bro's Big Day - Majlis Persandingan

Seperti yang dijanjikan..yeayy!! Hari yang sama terus saya update entry majlis persandingan ni..huhu. Bukan ape..dah ada masa weken ni baik saya update terus. Jap lagi kalau tangguh-tangguh memang takde masa dah la. Next week dah start test 1 + PSM yang terbengkalai seminggu harus disegerakan progressnya..dah kecut perut sangat memikirkan PSM ni..huhu. Tapi iye-iye je wat cool luaran nih..hee ;p
-
-
-

Ikhlasnya saya abadikan majlis persandingan Abg Syam dalam belog persendirian saya ni..huhu. Esok-esok bila dah tua ingatan pon dah luntur cket-cket bleh baca balik pahtu cite kat anak cucu...hee. Jauh bebeno mikirnya.hihi..

Baiklah. Malas cite banyak. Majlis persandingan belah perempuan diadakan keesokkan harinya after malam akad nikah iaitu hari ahad. Kali ni memang saya interprem banyak la dalam camwhore2 sebab nak balas dendam sebab majlis akad nikah takde gambar saya.hee.. Sape suh tak ikut kan??huh

Jom lah...tengok pic-pic sekitar majlis tu. Malas nak menaip. Ayat biase kalo takde idea -> Let's pixa story everything.huhu ;)


yahhuu! awal-awal lagi dah berjaya interprem dalam gambar.hee ;)


rombongan cik kiah a.k.a rombongan pihak lelaki ;)




Pengantin berset pepel untuk majlis persandingan.
Sama dengan pelamin. Cantek je pelamin set pepel + pink.
Love it~


yang kiri hijau tu hantaran belah lelaki. belah kanan plak hantaran
pihak perempuan. 9 dibalas 9. aci kan??hukhuk ;)


Time to family's memoirs.....

kami adek-bradek berset hijau. kecuali kak na yang depan tu.huhu..
tak plan pon pakai baju kaler same. ekceli tema bebas untuk majlis
ni...alih-alih semua wat keluar baju kaler hijau. kak na tak dan
nak plan sebab pagi tu die terpaksa pegi husm ade urusan hal imani.huhu


klaka betol gaya bebas adek-bradek ni.huhu ;)


hoho~~keluarga besar kami. cukup semua anak menantu dan 
cucu-cucu En.Baharun & Pn.Paridah.huhu ;)


hihi..ayah cik & kak lin wit anak-anak sedare yang nakal-nakal.
nak tergelak dengan pic ni sebab imani nangis tak nak ngan ayah cik.

Last-last...dah muak ni tengok gambar.hee.. =.=

*terima kaseh kepada flash camera kerana menjelaskan lagi nur di wajahku..hik3 (malas nak edit)
yeayy!! kami dua orang yang masih single.
tapi turn kak uya bakal menyusul Jun depan.
tinggal la saya sensowang nanti..sob3.


Sekian sahaja kenang-kenangan di majlis persandingan abg syam & kak lin. We've so much fun on dat day.huhu

(^-^)


pssttt: satu entry lagi...majlis belah kami lak bakal menyusul.hee ;)


My Bro's Big Day - Akad Nikah

Yeayyy!! Dah lama tak meng-hupdate belog. *Lame la sangat. Seminggu je pon.. Maaf ye belog sayang..saya sibuk banyak. Bukan sibuk cket. Macam eden pulak yang kawin..hihi. Nak gitaw awal-awal entry My Bro's Big Day akan dibahagi tiga part ye..sebab tak mampu nak muatkan cite kawin abang dalam satu entry je.. Ala...kalau panjang sangat tak syok. Penat nak baca...bejela macam kain ela.
-
-
-

Alhamdulillah....dengan sekali lafaz sahaja kini Abang Syam dah bergelar suami orang.hihi... Cam tak caya pon ada my only one big brother dah kawin..huhu.

Bertarikhkan 10.03.2012 iaitu bersamaan ari sabtu malam yang lepas, majlis akad nikah telah berlangsung di rumah pengantin perempuan..lupa plak nama kampung kakak ipar ape..hewhewhew. Tapi yang tahu kat Pasir Mas..ermm Kampung Bunut Susu ke ape..ntah..ye kot.hihi.. *garu-garu kepala (apa daa adeq ipar nih..)



Pengantin lelaki dinikahkan sendiri oleh abang sulung pengantin perempuan. Tengok Abang Syam tu..yakin bebeno mukanya. Kalau tak mana nak sekali lafaz je.huhu... Dengan intonasi suara yang jelas takde gugup pape pon maka sempurna lah sesi lafaz akad nikah malam tu. Mana tak konfidennya...tengahhari tu bape kali Abang Syam dok belatih...abih semua orang dia jadikan tok kadi..ngan saya saya sekali kena.hahaha...lucu betul. 


Sweet je malam akad nikah pakai putih. 
Nanti nak pakai putih jugak lah. Eh eh..jauh sangat pikir ni.heehee ;)


Zaman sarung cincin dah belalu ehh?? 
Ke saya yang ketinggalan..tak lah..ni semua option. Pilihan masing-masing.
Tunang hari tu dah cincin. Kawin rantai tangan la pulak.
Ermm...kalau gitu saya nak pilih sarungkan gelang kaki bolehh?? Erkk...




Yeayyy!! Maka dengan itu rasminya bertambah sorang lagi anak perempuan abah and ma merangkap satu-satunya menantu perempuan dalam family kami..huhu. Selamat datang Kak Lin...Welcome to our big family.hee ;)

Cket ni sahaja lah pic-pic yang dapat di share untuk majlis akad nikah. Pic saya mana?? Sedeh! Saya tak ikut pon malam akad nikah tu..kurang jati diri betul. Ingat balik awal-awal nak join malam akad nikah..tapi kesihatan tak mengizinkan. Jadi angkat tangan awal-awal volunteer takmo pegi..konon nak jaga rumah...plus kak na and family dan kak uya sampai kampung malam tu. So jadikan alasan if kalau semua orang pegi takde orang nak sambut kakak-kakak saya sampai..hihi. Baik betul adeq bongsu ni kan.heh =.=

Pape pon...untuk Abang Syam dan Kak Lin...selamat pengantin baru..semoga bahgia hingga akhir hayat okey. Untuk abang syam..tanggungjawab abang skang dah bertambah. Jadilah suami yang baik dan mithali. Oh..tak reti nak wish tuk orang kawin.huhu.. Dah ade wife ni jangan lupa plak abah, ma dan kami adeq-adeq pompuan ni ye!hehehe... ;)



psssttt: tunggu next entry ye. majlis persandingan dan majlis sambut menantu pulak.huhu


Friday 9 March 2012

We Got Married ;)

Uhuk uhuk..batuk-batuk lelah jap. Tajuk entry adalah sempena saya nak kawin. 
Eh bukan-bukan. Sempena my big bro wedding of da year. 
Dengan itu saya isytiharkan esok bermulanya cuti umum selama seminggu untuk saya. 
Tak yah pegi kelas. Ponteng. Titik!


Tapi bukan tu nak cite..bende tak lepas agi takleh nak cite. Nati basi. 
Yang nak citenye skang...I'm fall in love again!! yuhhuuu....*kenyit-kenyit mate

Dah lame tak rase jatuh chenta sebegini. Setahun dah pun berlalu.hihi...
Tak yah nak sweet sangat la. Awak bukan jatuh chenta ngan bakal hasben awak pun.

Oh oke. Nak sapsen cket pon tak boleh.
Sebenarnya saya dah jatuh chenta ngan Teukso Couple dalam rancangan We Got Married tue...hahaha.
Tapi yang setahun berlalu tu betul. Dah setahun tak tengok We Got Married. Dulu follow Goguma Couple je..lepas diorang dah tamat kontrak kawin saya dah tak layan couple lain dah. Tak minat!

Omo omo...fake marriage?? Yea...sape pernah tengok reality show korea We Got Married mesti tahu ni rancangan macam mana. Diorang match kan artis sesame artis pastu kenenkan jadik fake couple.agaga..memula saya pon camni ha.."amende la korea ni...fake marriage pon diorang boleh buat..ade-ade je la...".

Tapi skang reaksi saya lain...dok terlompat-lompat tutop-tutop mulot konon tak mampu melihat ke-sweetan fake couple ini.hik3...do i pathetic?? never mind.


penampar empat ulas boleh singgah kat pipi sebab gatai letak pic tiom-tiom gini.teeheehee ;)

Ha..ni la Teukso Couple. Lee Teuk leader of Super Junior fake marriage with Kang Sora heroin Dream High season 2. Oppss..diorang tak tiom pon time pic kat atas tue.. Tu tengah dok men game cekelat stick.hahaha...funny.

Walaupun mereka fake couple je...tapi nampak real diorang loving-moving kot.huhu..suka-suka. Saya pulak yang blushing.kihkih..Memula sesi suai kenal diorang awkward sangat. Tapi bleh pulak pikir nak panggil apa as a husben and wife. Baby Prince and Baby Princess.hahahah...pengsan pat taon kalo ada couple betul-betul panggil gitu.

Tibe-tibe kan...bila tengok Teukso Couple ni..suka orang yang pandai main piano. Sebabnya gila sweet cam gula tengok Lee Teuk main kan piano tuk Sora..bukan sekali banyak kali kot. Pastu tibe-tibe nak tambah. Orang pandai main gitar tak best! Tak cool! Tak sweet macam guy yang pandai piano.keh3... *statement nak makan gitar barangkali

Pastu it's not joke ok kalo nak propose time konsert!! Tahu la kan Super Junior a.k.a SUJU kan band yang femes giler kat Korea. Diorang punye keramaian fannsssss tuh boleh bukak satu daerah. Tapi boleh je hasben Lee Teuk propose bagi rose and cincin kat Sora tengah ribuan peminat beliau. Woohaaa...daebakk!! Saya yang tengok ni meleleh air liur dok bayang ada ke orang nak wat camtu kat saya nanti. *behenti berangan serta-merta!!


tengah main piano ;)

Tak pueh hati lagi tulis nih. Nak gitahu lagi sekali betape Teuk ssi sangat romantik and funny to Sora ssi. huhuhu... Bila tengok diorang sweet nak mati dalam We Got Married ni, tiba-tiba muncul kriteria hasben idaman adalah yang FUNNY-ROMANTIK. Bukan sentimental-romantik.hehehehe..tak suka orang yang sentimental...bosan. Orang yang tak cukup mental lagi sayo tak suko!

Dah tiga kali rotate dari minggu lepas dok tengok dari episod satu pai nam bolas. Dok tunggu je hai bilo nak kuo episod tujuh bolas. Dua malam lepas kua tengok-tengok 2 part je...letih den nunggu nye. Tapi betul la...bila tengok korea ni jadik addicted la pulak. siggh... =.=


-----------------------------------------------------------------


psssttt : looking forward to next next next episode. saya pun dah pandai fake skang ni. FAKE SMILEEE ;)


Wednesday 7 March 2012

The Awesome GA by SweetyBeauty Shoppe


click banner to go to THE AWESOME FIRST GA BY
SWEETYBEAUTY SHOPPE


Wahhh...i'm so excited to join this kind of giveaway!!
Know what?? This is the first time i join GA since four months i am in blogging world.huhu..
Omo omo..ottoke??...i'm not confident at all.
I'm not good in writing. Rather than that, i'm not good to convince people to choose me as the winner.
hahahah...such a pathetic gurl.

But..what can i said, FIRST TIME TO FIRST TIME.
First time to me to join such a GA.
And first time to SweetyBeauty Shoppe to organize this awesome GA.
Congrate to the owner of the GA...da cutest miss Hybrid Theory, Ainulaqma.
Clap clap ur hand....yeayyy...hehehehe. 


Ok...for those who still want to join this GA, here the some terms that u need to follow:

1. Surely to become one of the Hybrid Theory follower..diagonaliffe.blogspot.com. (DONE!)
2. Like the SweetyBeauty Shoppe page at facebook. (DONE!)
3. Do a short and nice entry about this GA. The entitle must be "The Awesome GA by SweetyBeauty Shoppe". (DONE!)
4. Copy and paste the banner into this entry and put the link post. (DONE!)
5. Tag 2 or more than of ur blogger friends.

Then...I tag two peoples *the most cutest blogger in da world :


6. Then link your post into the comment form of the entry The Awesome GA by SweetyBeauty Shoppe.
7. This GA will end on 19th March 2012. *naseb baik sempat. teeheehee

So..ape tunggu-tunggu lagi. Parli parli!! Hadiah best2. woot woot~~

Last but not least...FIGHTINGX3!!!


pssttt: 3 weeks to push my courage to join this GA. =.='



Wordless Wed. #4 - Lonely Person



so i have these on my bed:-

2 pillows,
A giant size of teddy bear,
A comfy of turtle pillow.

Then how do u define me???



pssstt: i love to sleep in small space. dunno why..huhu.

Thursday 1 March 2012

Bengkak Nodus Limfa

Pernah dengar penyakit ni? Mungkin sesetengah bagi kita sudah pernah atau biasa mendengarnya. Tapi bagi saya dis is my first time dengar and first time kena. Jom berkenalan serba-sedikit dengan beliau.

Bengkak nodus limfa ini juga dikenali sebagai bengkak kelenjar. Biasanya orang-orang kita hanya memanggil nodus limfa dengan kelenjar. Tak kisahla panggil ape. Kalau nak rasa hebat cket dalam englishnya dipanggil swollen lymph nodes or called as lymph glands.

Nodus limfa adalah sebahagian daripada sistem limfatik iaitu satu komponen dalam sistem pertahanan tubuh dan ia terletak merata-rata dalam badan.hahaha...fail terus ayat bio. Takpe. Cuba memahami juga. Sifat-sifat nodus limfa ini adalah seperti bintilan tisu yang berbentuk macam kacang. Besar mane den tak tahu. Yang den boleh agak-agak and rasa-rasa dalam sebesar ibu jari gitulah.

Camne pulak bengkak nodus limfa itu berlaku?? Okeh...sebenarnya macam ini. Dragon ball ade 8 eh 7 biji semuanya..... Biasanya bengkak itu berlaku bila ada infection pada sistem pertahanan badan. Dalam keadaan biasa nodus limfa tak bengkak..biasa-biasa sahaja saiznya. Dan bila ada  infection berlaku, nodus-nodus limfa itu terpaksa melakukan tugas sebagai anggota tentera pertahanan badan secara gila-gila. Mungkin ada yang tercedera ketika perlawanan itu dan ianya pun membengkak. Juga boleh cakap dia dah tak mampu melawan infection itu lalu dia pun membengkak.

Area-area badan yang kita boleh sendiri rasa nodus limfa dengan jari kita adalah pada leher, ketiak ngan celah kaki. Tapi saya kene kat leher. Both side of my neck. Kalau nodus membengkak tapi tak rasa sakit maybe kita wat tak tahu je. 

credit source to dis link
Ilustrasi gambar adalah untuk tujuan info perubatan. Sila jelas. 


Tapi bila dah membengkak dan memberi rasa sakit yang amat kepada anda sila lah berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Sebab nodus tidak hanya membengkak saje-saje...tapi dia datang dengan pakej. Anda akan demam dan sakit kepala yang amat sebab urat-urat kepala dah tertarik sekali. *pandai-pandai sahaja saya menokok tambah. Even saya tarik-tarik rambut macam orang gila pun tidak mengurangkan rasa sakit kepala yang amat. Ada rasa nak hantuk-hantuk kepala kat dinding je. Orang migrain sakit kepala cam tu ehh??

Tapi itu betul..sudahla leher berasa sakit. Kepala pulak sakit tak hengat. Mula-mula saya hanya sedar ada biji besar sikit dari ibu jari muncul di kanan leher bawah telinga. Ingatkan beguk. Tapi hairannnn.....beguk dah pernah kene time kecik-kecik dulu. Tak yah la nak naik 2 3 kali kot. Tanya rumet yang hebak bio walao majornya engine, dia cakap itu bukan beguk. Itu bengkak kalenjar.


*entah bila dah masuk cite pasal diri sendiri nih. tadi kemain cite pasal swollen tu...masalah kendiri betol.hurmm =.='


Saya yang naif dengan ilmu biologi ni hanya mampu tercengang..tak tahu nak caya ke tak cakap rumet. Malam itu dah mula rasa akan demam. Bangun esoknya. Yeayy!! Dah demam pon. Sakit tengkuk makin meronta-ronta. Maka tidolah saya dengan aman hari isnin tersebut dalam keadaan sakit sebab kelas kensel. Cam tahu-tahu saya nak sakit. Tapi sadis...bengkak yang semakin sakit itu tidak membenarkan saya tidur lene atas bantal. Bantal keras barangkali. Terpaksa tidur atas turtle yang lembut lagi comfy. Penyek dah turtle ku. T_T

Di pagi selasa yang tak berape nak hening, bangun tido rasa sebelah kiri leher plak sakit. Gently touch konon-kononya, pastu dapat rasakan biji yang lagi besar dari sebelah kanan. Sakit woo.huk3...Oh lupa. Satu simpton lagi yang tak besh bila kene, internal body akan terasa panas. Cepat berpeluh-peluh. Baca dalam fact  pon memang ada simpton ni.

Apakah swollen-swollen ini?? Kenapa dia tumbuh di kiri dan kanan tengkuk saya??sob sob...terus google untuk mendapatkan jawapan. Isshhh....kebanyakkan jawapan scary gitu. Bagi yang tahap swollen lymph grand yang dah teruk. Kemain lagi saya takut. Kanser ke?? Ha...mintak jauh..ma abah tak dek kanser..camne saya boleh ada...berputar-putar soalan dalam kotak mancis eh kotak pikiran saya.

Petang terus g jupe doktor kesayangan ramai, Dr.Yaakob. Speaking 2 3 patah..agak-agak bagi dia paham ada swollen grow at my neck..pain..fever 38.2 Celcius..bla bla bla. Fuhhh...seb baik dia paham. Susah betul doktor tak paham melayu ni. Karang silap info penyakit abih dia bagi salah ubat.huhu... Dan apa yang saya terang kat atas tu la penerangan yang Dr.Yaakob bagi. *memula tak paham dia cakap lymph nodes tu ape. siap suh dia eje satu-satu.kih3

Maka bersambung la siri animasi Huda Makan Antibiotik yang tergendala 3 minggu lepas. Fiuuhhh...lega betol time jupe tu doktor tak tanya antibiotik yang lepas habiskan tak? Kalau saya cakap tak, kompem-kompem kene marah lagi dan akan menjadi penyebab kenapa saya bengkak nodus limfa ni. Fyi, 3 minggu yang lepas adalah kali ketiga saya tak habiskan antibiotik berturut-turut. Saya cuba NAK habiskan...tapi tak mampu... T_T

Sekarang even dah 2 hari amik antibiotik sakit kedua-dua belah leher tak hilang dan bengkak tak surut-surut lagi. Siksa cket time nak menoleh. Kene toleh ngan badan-badan sekali. Time tak ingat pusing jugak kepala ngan leher-leher terus. Pastu ambikla..adoi doi doi...sakitnya.. Tapi takpe asal tak demam tak sakit kepala. Kalo tak lagi azab. Smayang pon takleh sujud lame-lame..abih bace terus bangun. Nak tunduk main-main tak la..rasa sakit macam bijik nodus tu tertarik nak jatuh je. Camtu la gambarannya...huhu.

Nak tahu lebih lanjut mengenai bengkak nodus ni, boleh click sini:




p/s: kita tak kan tahu sakit bagi sesuatu penyakit unless kita dah kena sendiri. kalo kita turut merasa sakit macam orang yang tengah sakit, takdelah kita nak tergelak-gelak hepi sebab kita masih sihat. moralnya, beringat sebelum kena. cegah sebelum rawat. sihat sebelum sakit. =) 


 

Template by Best Web Hosting