Sunday 28 October 2012

Officially Graduated.



Assalamulaikum blog dan warga2 blog..tak lambat kan kalo saya nak wish Selamat Hari Raya Aidiladha untuk anda-anda semua..hehe. Sekali sebulan update blog saya rase agak kekwat. Bukan cket. Tapi banyak..huhu.Terase kejung tangan untuk menulis >.<

Baiklah. Tak nak buang masa dengan ayat meleret-leret. Straight to the point. Alhamdulillah...tanggal 13 Oktober 2012 iaitu dua minggu yang lepas  akhirnya saya berjaya menggengam segulung ijazah. Gembira, sebak, terharu semua ada. Macam tak percaya...kejap je mase berlalu...4 tahun di bumi universiti sudah pun berakhir.

Walo pon tak sampai seminit je saya naik ke pentas hari tu, tapi saya berasa amat bangga kerana abah dan ma ada di bawah melihat anak bongsunya menerima segulung ijazah.hehe.. I wish I'll remember dis sweet moment ever after..bleh cite kat anak cucu sek sok. ;p


"cu..opah dulukan dapat ijazah taw. ijazah kejuruteraan elektrik & elektronik. 
amacam..kelas tak opah??"

Tapi sbenanye di sebalik kegumbiraan menyambut hari konvokesyen saye ni, banyak jugak cite yang tak best terselit. =.= Sungguh tak best. Konvo plak sekali seumur hidup. Mesti kita nak yang terbaik untuk hari bersejarah itu. Lain la kalo sambung amik master ke phd ke, leh konvo due tige kali lagi.

First yang tak best sebab saya sampai lambat. Tu lah konon nak make up bagai. Walhal bleh tengok kat pic kat atas tak dek nye makne make up tu bile beghejam-ghejam nak tunggu kua dewan tuh. Dah macam tepung gomak muke..beminyak! Dah macam iklan si popuan tak jadi nak tampar boipren die sebab muka beminyak. Huh. Camtu lah perbandingannya. Pastu datang plak lain kete ngan mak abah. Maka takde la gamba2 before masuk dewan. Dalam hati kate takpe. Kua dewan nanti pulun habis-habisan amik gamba. KONON. 

Nak jadik ceghitenye..saya dapat port beratur paling last tuk fakulti saya.hahaha..amik ko! Menyembang lagi ngan member sampai tak sedar orang dah bejalan masuk dewan. Frust gile!! Memang uni saya kedudukan dalam dewan tak ikut pointer atau kelas seperti uni2 lain. Kat sini sistem hang cepat hang depan. Frust amat taw...dok pikir lama laa mak abah kene tunggu nak tengok anak die naik pentas. Huh. Lame cket tu redha je lah..belakang beratus lagi orang dari fakulti lain.

Then part yang paling paling amat tak best! Hujan! Memang tak berphotoshoot sangat la di hari bersejarah tu..huhu. Tapi saya tetap redha. Positifkan minda. Hujan itu rahmat. Maybe Dia nak tunjuk betapa saya dan rakan-rakan bakal dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah seperti melimpahnya hujan dihari graduasi kami. InsyaAllah..

Alhamdulillah jugak. Ada baiknya saya positifkan minda saya seperti itu. After beberape hari balik konvo  saya diterima bekerja sebagai engineer. Syukur yang tak terhingga pada rezeki ini. Terima kasih Ya Allah. 1November ni saya bakal memulakan kerja baru. Kerja lama?? Err..dah berhenti ari khamis lepas..one week notice. Marah betul bos. Mintak maaf sangat2 bos...engineer adalah cita-cita saya..harap bos faham. 

Lain kali plak saye update pasal tawaran keje ni eh. Doakan saya dapat menyesuaikan diri menjadi seorang engineer berjaya. Wish me luck fren! 

Sedikit lagi gamba konvo di pin dalam blog EIE. =)


bahagia dapat membanggakan kedua-dua insan ini..love u ma n abah. muahh!!




maseh lagi mampu senyum dalam hujan lebat..hihi




abah kita pon konvo jugak. phd giteww >.<



Akhir kata...cukop lah ke-enam-enam anak2 Encik Baharun & Puan Paridah menamatkan zaman universiti masing2 dengan berakhirnya penerimaan konvokesyen puteri bongsu mereka iaitu huda sindarela. Cehh cehh cehhhh...puihh ;p



pssttt: kite raye haji tak balik kg..raye kt kl..hampeh tak best. tak macam raye. sedeh. rindu sup tulang n sup perut by mommy made..sabar je yang mampu. =.=



 

Template by Best Web Hosting