Saturday, 10 December 2011

Gastrik Yang Amat (T_T)

Tak tahu lah senipis mane dah dinding perut ni..mungkin senipis kulit bawang barangkali. Ini bukan main2..ini betul2. Tak mampu dah nak menderita lepas satu2 penyakit datang. Ingat makan pain killer sebab nak redakan sakit penyakit bila datang menyerang...alih2 gastrik pulak yang jadi teruk sebab salu makan pain killer.

Tapi...kalo nak di kira2...saya start gastrik time form 1 lagi. Pastu start amik pain killer time form 4 sampai la skang. Urm..lebih kurang 7 tahun dah badan ni embedded ngan pain killer. Dos pulak makin bertambah2. Mana tak bertambah teruk gastrik yang memang sedia ada ni. Tapi sejak kebelakangan ni...sakit gastrik mengalahkan penyakit utama saya plak...kalo hari tu 3 injection dalam masa 18 jam, dua malam lepas plak 2 injection dalam satu malam...semuanya sebab gastrik yang amat. Lame2 mati jugak saya ni....Ya Allah...tolong lah hilangkan sakit hamba Mu ini..

Bila baca2 fakta ni semua...makin rasa takut...makin rasa nak insaf dari makan pain killer...tapi...kalo tak makan pain killer i can't endure my pain..tsk3
-
-
-

Meh baca serba sedikit fakta mengenai GASTRIK:

Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).


ha...macam ni la saya rasa bila tahap sakit yang amat..macam dalam perut ni terbakar...sakit..tsk3



Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah,ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah. (*skang macam ni la saya rasa...bila makan lagi sakit yang amat. kalo tak makan pon akan bertambah lame lagi nak sembuh..tak tahu nak makan ke tak nak..)

Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen), pedih
* Rasa senak, berangin

* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi

Siapa Yang Berisiko?

Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :
 
-  Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)

Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini
 
- Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)

- Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :

i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan

ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini.
 
- Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.
 
- Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.

-
-
-


Hurm...dari semalam dah bape biji ubat gastrik dah telan, dah bergelas2 susu diteguk sampai dah nak muntah rasanya..tapi still tak ilang2 kepedihan perut ni...sakitnye yang amat. Makan nasi cket je terase nak muntah..membazir je rumet tolong belikan makanan..tapi kalo tak makan lagi payah nak sembuh gastrik degil nih. Bergenang sekejap air mata bila mak tepon tanya...time2 sakit gini la rasa nak balik sakit kat umah je. 

Skang..pilihan kat tangan saya. Either still nak continue makan pain killer untuk kurangkan rasa sakit time diserang penyakit itu atau nak tanggung sakit kepedihan gastrik yang nyata boleh membawa maut. Pikir-pikirkan lah huda sindarela...semuanya terserah pada anda.


*yang bold tu yang berkait dengan saya.

Thursday, 8 December 2011

Kurangkan lah Sakit ini...

Satu dah lepas...barangkali berkat doa seorang ibu terhadap anaknya, saya berjaya menjawab test AI tadi dalam keadaan masih sihat...amin Ya-rabbanal al amin..

-
-
-

Tapi ma...skang anak ma dah start sakit...tapi ma dah pesan kalo sakit jangan bagitahu ma...ma risaw..ma tak nak dengar saya nangis...ma cakap sedih dengar anak ma yang ni tepon nangis2 merintih sakit....ma... ketahuilah dengan mendengar suara ma di saat tidak mampu menahan sakit sedikit sebanyak boleh menghilangkan rasa sakit ni...

-
-
-

Yang belum lepasnya...esok ada kuiz DSP...tak taw nak wat camne...dah tak mampu study...taip entry ni pon sambil baring..huhu. But if my pain become worst i'm unable to attend tomorrow class...lagi sekali tertinggal kelas dan kuiz...seksanya slalu mc camni...

-
-
-

Awak...nape interprem time saya tengah sakit2 ni...setelah sekian lama awak tak contact baru skang tibe2 awak muncul balik...awak salah no ye?? Nak mesj gf tapi termesj saya ye..??  Takpe lah...tapi maaf...saya biarkan mesj awak sepi tanpa balasan...tak mampu nak sakitkan hati lagi di saat kesihatan tidak stabil macm ni...

-
-
-

Ya Allah...hanya satu sahaja yang ku minta...kurangkan rasa sakit ini...sesungguhnya aku tak mampu menanggung sakit yang semakin teruk..aku mohon pada Mu Ya Allah...kurang kan rasa sakit ni..sembuhkan aku dari penyakit ini Ya Allah...kuatkan aku untuk menahan rasa sakit yang Kau kurniakan untuk aku menghapus dosa2 kecil ku ini...



Monday, 5 December 2011

Double Happiness =)

Yabedabeduu!! Huhu..hari ni hepi sesangat sebab barang yang ditunggu2 telah selamat sampai pon tadi..heheh. Punya semangat pegi pejabat ostel tuk terima parcel dari kedai on9 yang before ni saya pernah uar-uarkan sedang bersemangat mencari kain pasang tuk dibuat baju.hoho...kemainnye bersemangat tuh sampai tak jumpa cari nama dalam list penerima bungkusan dan surat2. Naseb baik bawak 2 orang teman yang setia lagi peka dengan alam sekeliling dan mereka telah menge-cek kembali list2 tersebut lalu ketemu juga dengan nama 'Nurul Huda binti Baharun'..ngeh3.

Ishhh....tak sabar nih nak tengok isinya...cepat2 bukak.


parcel saya =)


Ni ha...see see...cantek tak cantek tak??hihi..baik cakap cantek kalo tak pegi main jauh2. Tak mo fren ah.


tak tipu.sebijik sama dengan dalam pic dlm fb kedai on9 tuh.suka=)

Sangat puas hati. Tak de tipu2 dari colour yang dipaparkan dalam pic kat fb, sehinggalah kualiti kain yang sangat2 memuaskan hati. Dah lama nak memiliki satu koleksi baju kurung polka dot ngan kain matching dan alhamdulillah...tercapai juga akhirnya.(bia la orang lain dah nak buruk dah pon baju cenggini..memang ketinggalan awak nih). Berbaloi2 dengan harganya. Tak mahal dan berpatutan. Tak sabar nak gi tempah wat baju ni. Urmm..nak wat baju ape ek?? Pikir..pikir.

Tapi...terbaru ada lagi dia release item2 dengan corak yang lagi membuatkan anda teruja untuk membeli satu pasang lagi.kekeke..(enough huda enough). Untuk melihat sendiri dan menjana keterujaan untuk turut memilikinya juga boleh lah melawat fesbuk ini Borong Tudung & Kain Sulam murah.

-
-
-

Pastu kan pastukan...kan semalam kan ada wat dedication untuk dua orang hebat ini. Seorang yang bernama Encik Neo_matrixzz telah membuat post balasan untuk saya.hoho...sesangat terharu. Sungguh segan bila kita yang tak sberape ni disebut oleh blogger otai dalam entry beliau yang bertajuk 'Sori cik huda..'.hahaha..papepon terima kaseh sekali lagi untuk beliau.

Teeheehee...double hepines today =))


p/s: akan berehat selama dua tiga hari untuk fokus pada study. nak test lorhhh. wish me gudluk!




Terima Kasih Untuk Mereka

Letak pen...letak pensil...tutup kalkulator...tolak tepi note... alih ke kanan buku...amik laptop..godek2 fb kejap...dan..bukak blog. Adalah tu huda sindarela nak membebel kat sini. Oh bukan. Hanya nak dedicate kan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka berdua ini.


Insan pertama adalah...


 
 try letak cursor kat banner pastu clik.

Sebab apa perlu berterima kasih kepada pemilik blog di atas?? 

1) Beliau dengan baik hati sekali telah menerbitkan sebuah entry untuk saya walaupun tiada ayat2 manis, cukup sahaja dengan tajuk entry ' Because you're beautiful. Love yourself ' , cukup bermakna bagi saya.

2) Tanpa memikirkan risiko yang blog beliau akan di boikot orang ramai kerana menampilkan saya yang hudus jauh sekali menarik untuk ditonton ramai sebagai talent dalam entry tersebut. ^blushinggg

3) Mengedit kesemua pic2 saya tanpa saya minta sehingga terpana mata saya melihatnya. Marvellous. Awak sangat berbakat. >_<


 Insan kedua....


 try letak cursor kat banner pastu click.

Dan kenapa harus juga berterima kasih kepada beliau??

1) Beliau adalah pencetus pertama yang membuatkan saya terjebak menjadi stalker dalam dunia blogging.

2) Disebabkan blog beliau yang menarik tertarik kau memang debom ini menerbitkan rasa ingin dalam hati ini untuk mempunyai blog pada suatu hari nanti walaupun setelah 2 tahun baru mempunyai courage. (harap tak terlambat)

3) Kerana blog beliau juga saya mulai meng-explore siapa itu Zack Zukhairi, mula mengenal blogger terhebat seperti Hanis Zalikha, mula jatuh cinta pada si cantik manis Irine Nadia Marcello, mula tertarik dengan kewibawaan Nisa Suka Menaip..dan sebagainya lagi blog2 yang cukup hebat. (tak mampu sebut semua..esok pon tak abih..kekeke). Tapi yang pasti beliau lah blogger pertama yang saya kenal tanpa diduga.
(-tapi beliau macam dah tak aktif skang..sedeh T_T)


Dengan itu..sekali lagi terima kasih yang tidak terhingga untuk mereka berdua ini.huhuhu


pssst: alone tonite. my rumet overnite wit her family at cerating. tsk3...miss my my mum and dad too =(

Sunday, 4 December 2011

CURANG!!!

Nah..highlight besar2 tajuk ni sebab apa, saya mengaku saya seorang yang CURANG! lai lai lai~

Tak malu ke reveal sisi buruk anda sendiri?? Nak malu wat apa kalau curang kita tu bersebab, ye dop?? Orang yang kahwin berdekad2, orang yang berchenta bertahun2, orang yang berjanji berbulan2, semua tu boleh jadi curang taw. Hanya dengan satu sebab munasabah, orang2 begini akan memnunjukkan sisi kecurangan mereka tidak kira lah samada secara sembunyik2 atau terang-terangan.

Tapi...apa yang saya nak bagitahu kat sini curang saya ni bukan curang pasangan suami isteri kerana sangat tidak munasabah sekali kerana saya tidak pernah sekali2 berkahwin samada kahwin olok2 mahupun kahwin gantung. Bukan juga curang kepada pasangan kekasih kerana saya sendiri tidak pasti bila akan terjadi kewujudan kekaseh2 saya ini kerana mereka belum lagi ditemui di muka bumi ini dan mungkin juga sekarang berada di Korea dan dua kali mungkin akan datang ke Malaysia untuk mencari mrs.right dia iaitu saya. Oh, ini kisah dongeng sahaja.

Saya sebenarnya telah berlaku curang kepada blog tersayang Enough IS Enough saya je!!teeheehee....sapa suh tenet takde sampai sehari lebih. SUFFOCATE sangat hidup bila tak de tenet dan tak leh bukak blog.kui3..extreme sangat impak tak de tenet dengan kehidupan saya ni sejak bergelar blogger sembunyik2 ni.hahahaha...pastu nak taw saya curang dengan sapa?? Lelaki ini......

 -
-
-
-
-
-
-
-


dengan........RUNNING MAN!!!! hihihihi....

Berebut2 idea dalam otak nak keluar untuk dicurahkan ke ladang gandum, eh bukan, ke blog Enough IS Enough ni sampaikan ada yang telah mati syahid kerana berlaku rusuhan ketika berhimpit dalam otak untuk keluar menjadi sebuah entry. Tapi sayang....perjalanan idea2 itu tidak panjang. Takpe lah...yang patah tumbuh yang hilang berganti. 

Dan kerana mood telah bertukar menjadi tidak tentu hala atau orang puteh panggil swing mood disebabkan kematian idea2, saya dengan sombong sekali tidak mengendahkan apabila dikhabarkan tenet sudah kembali pulih kesihatannya sekitar jam 10 malam tadi. Tekun membuat report AI dan disambung dengan me-marathon lagi dan lagi episod running man yang awal2...walaupun pernah melihatnya tapi untuk kesekian kalinya saya maseh mahu menonton tanpa ada rasa jemu dan tanpa ada nawaitu untuk kembali kepada blog yang sangat2 dirindui ketika tenet tidak sihat itu.


Memilih antara dua....blog atau running man....saya pilih


                       

yeaaayyy!! running man. my hepines catalyst. sadness and loneliness dissappear in one second when i watching dis. =)


Sampailah saya baru berhenti melihat running man pada saat ini kerana dikhuatiri akan menyebabkan usus perut menjadi lebih bersimpul kerana ketawa dengan terlalu berdekah2 tadi. Jadi...saya kembali sekejap kepada blog takot2 blog merajuk hati dan memilih yang lain nanti.hek3 (try la pilih yang lain, aku hempuk blog ngan cangkul nanti...hehehe).

Berhenti di sini sahaja laporan untuk hari ini kerana jam sudah menunjukkan pukul 4.30pagi dan untuk memberi laluan sesi mengumpul taik mata plak..assalamualaikum.



p/s: patah perkataan yang sangat skema kerana mahu mendaulatkan bahasa ibunda. harap faham.

Friday, 2 December 2011

Sleep Disorder =(

Sedikit pengenalan mengenai sleep disorder. Sleep disorder boleh didefinisikan sebagai gangguan atau masalah ketika tido. Noktah.

Hahaha...apa punya pengenalan da..ingat nak bagi penerangan panjang lebar ke ape ke. Ni tak..satu baris je. Kalo jawab soalan Biologi ni kompem fail. 

Hallo! Kalo nak jawapan lebih2 pegi tanya budak medic sana nuh. Kalo tanya budak engineering macam saya memang la tak tahu. Tu jawapan paling basic dah tu saya bagi tuk senang paham. Karang bagi simulink MatLab tunjuk2 graph otak pesakit sleep disorder baru telopong molot tu.hihihi..

Nape tiba2 bercerita pasal sleep disorder nih?..Bukan ape..se-menjak dua tiga menjak ni saya ada masalah sleep disorder ni...haduii...risaw betul memikir penyakit ni.

Mak Jemah: Bahaya tuh. Mesti awak ada simpton2 cam ni kan...macam ni lah lebih kurangnya..urmm..time malam2 awak tido, pastu awak bangun dalam keadaan tak sedarkan diri, pastu awak amik gunting dalam laci awak...pastu...awak tikam2 kawan katil sebelah awak kan?? Ada tak camtu? Ada tak??

Mak Jemah lagi: Ha..bukan ye?? Kalau bukan..mesti cam gini kan..awak bangun malam2 pastu dalam keadaan tak sedar tu awak jalan keluar ostel blok F...pastu awak masok ostel blok sebelah. Sedar2 pagi esok awak kat blok D asrama laki kan??? Ha kann....saya dah agak dah. Ehh...serious ni problem awak..cepat weh jumpa psikatri..

Saya: Mak Jemah..sudah2 la tu tengok drama Melayu..Ni lah terpengaruh ngan televisen nih kan Mak Jemah kan. Mana ada saya se scary camtu..kalo tak dak lama arwah rumet saya tuh...Simpang tiga jalan Wong Ah Jang Mak Jemah oi kalo saya tersalah pergi tido blok laki..karang sekali masuk blok diorang memang tak keluar2 dah kot...hehehehe. Jawab saya nakal.

Mak Jemah tak berhent2i bertanya: Habis tu..apa simptom2 yang awak ada? Kalo dua2 tu salah??

Saya: Sebenarnya Mak Jemah...saya batuk je.teeheehee

Mak Jemah lagi: Budak ni..aku lengggsiinngg kan jugak karang nih..

Hahahaha...padan muka Mak Jemah kene tipu. Tu lah..sapa suh interprem dalam watak monolog dalaman saya.kui3..saya batuk je pon..saja nak wat tajuk gempak2 cket.heheh...Dah tiga empat malam tak boleh tido..asal nak tido je mesti batuk jadi teruk..kadang2 tu rasa nak tercabut halkum ni. Eh, pompuan mane ada halkum...silap2. Nak tercabut kerongkong saya ni tahu...berair mata2 kalo dah batok ni. Tak payah nak nangis2 lagi dah..batok je pon dah kua air mata.hek3..peliknya kalo waktu tengah hari batuk2 manja biasa je.

Kalo abah tahu mesti abah marah2 batuk dua tiga hari tapi tak makan2 ubat. Sebab kalo kat umah abah paling take care kalo time saya batuk. Mesti kalo time takde obat abah pakse minum air suam before tido. Esoknya mesti abah wat balik obat Breacol.hehehe..abah memam sayam anak kebongsuan abah ini. Love u abah.mmmuaahh!

Bukan la bah...orang takut pegi klinik uh..bukan takot jumpe doctor..takot..alah..takot ni..Haduih. Tak reti dah nak jawab kalo abah ada kat depan ni. Nasib baik dok jauh ngan abah. Nape lah haii klinik uni nih terletak kat fakulti tuh...tak de courage betol nak g sane. Kalo tak sebab ATM bank Islam ngan klinik dok kat citu memang kalo boleh tak mo pegi situ dah...ada tak abang badan ketul2 yang boleh angkat mesin ATM ngan klinik pastu letak sebelah blok F ni?? Kalo berat sangat alih letak kat fakulti saya pon tak pe...pliz pliz...abang badan ketul2..(muka comel mengharap >_<)

Aaah..tak perlu abang badan ketul2 segala bagai ni. Cukopla Doktor Yaacob ku seorang...datang jugak keberanian tadi setelah kumpul beberape hari.

Tengok...abang Yaacob, eh Doktor Yaacob bagi saya apa...


 obat-obatan untuk penyakit sleep disorder saya..ngeh3


Dan sebagai pesakit yang berhemah, semua jenis ubat saya dah makan mengikut arahan yang diberikan oleh nurse tadi, kecuali ubat yang kaler ijaw kuning kecik2 tu je belom..yang ni dia suh makan bila nak tido sebab boleh menyebabkan kemengantukan.

Satu lagi sleep disorder yang saya dapat kesan telah berlaku kepada saya. Nightmare..entry befor nih penah citekan nightmare saya. Tadi tido pas maghrib jadi pulak dahh...hadooii ya punn..benti2 la syaitoonn nirrajim menganggu tido ku. Kali ni takde nangis2 dalam mimpi dah. Bangun je terus nangis sebab geram asyik mimpi bende yang sama. Apakah?? So..ngat dah tak mo tido dah malam ni..takot nightmare lagi. =( Tapi memang la esok pegi lab IC ngan terhuyung-hayangnye sebab tak tido.huk3

Dah..penat nak cite. Sambung study plak. Adiooss~





Thursday, 1 December 2011

Yeaayyy! Dah masuk Disember dah pon..


Diam tak diam, kita rupa2nya dah masuk penghujung tahun dah pon..bermakna masuk tahun baru nanti umo pon meningkat jugak la kan. Haishh...asal plak mention2 pasal umo ni. Age is only a number oke! (Ayat penyedap hati..).
 
Dah tu, yang hang dok excited dah masuk Disember ni pasai pa??

La...orang nak bagitahu la ni. Punya tak sabar punya olang ma.. Yang sebenar2nya..saya sangat2 bersyukur sebab bila dah masuk bulan Disember, jadi masa untuk menghabiskan sem ni semakin singkat la kan. Ye dok??

“Oooo...dia tak sabar nak final exam kot..tak pon dia tak sabar nak present PSM2  la tu kot..tu yang hepi semacam tu.....” sambil me-muncung2kan bibir yang tak seberape Angelina Juling tuh..

“Ohooiii malaun! Den tau lor den ni pemalas nak hengat. Tapi tak payah la nak remind2 kan den pasal mende2 tu sume..ni lain tak bukan korang sing a song to me la ni kan?..ko blah skang, blah”

Tingggg.......berderai abih monolog dalaman saya sendiri. Split personality barangkali saya nih.

Ekceli, saya tengah dok mengira bajet tahunan...tu yang alert cket bila masuk ujung2 sem ni. Duit PTPTipu pon dah agak2 nazak dah skang ni. Meh kita wat calculation math cket. Sediakan kalkulator ye..kalo takde casio 570, brand cap kaki tiga pon boley.

 Ok..cuba kira..RMXXXXXXXX (bilangan X sengaja ditambah untuk mengaburi mata2 anda semua), pastu dibahagi dengan 50 hari..contoh je ye. Agak2 brape dalam sehari saya boleh belanja?? Kira, kira cepat! Sapa lambat bagi jawapan, Cikgu Huda denda jalan itik tujuh pusingan.

Alamak...cket sangat nih boleh belanja dalam sehari. Tapi kalo saya meneruskan tabiat kemalasan untuk turun beli makanan setiap weken, saya dah save banyak kat situ. Tapi...sekali saya ikut kawan2 pergi pasar malam tak pun keluar pergi Kuantan ke, kat situ pulak yang dok heret2 duit yang save time weken uh. Aishh..tak boleh jadi ni. Harus ada plan B. 

Nanti2 la pikir..malas nak pikir skang ni sebab perut kenyang baru lepas makan nasi. Oh ye, makan nasi tadi pon share lauk ngan kucing. Kesian dia dok meow2 kat tepi tingkap. Mula2 bagi kepala ikan je sebab saya makan nasi tak abih lagi..karang bagi semua saya nak makan lauk ape. Dah tu je lauk kesukaan saya. Ikan goreng + sayur pahit a.k.a peria.huk3..kalo ade 2 combination lauk ni kenyang pon tak tolak.ngeh3..ingatkan kucing tu dah tak mo mitak dah pastu. Alih2 makin mengaum ke-meow-an kucing tersebut. Last2 saya bungkus nasi, tak abih, lauk ikan yang banyak lagi isinya saya terus bagi kucing. Pastu jerit kuat2 kat kucing.

“Wahai kucing sekalian, karang pas makan doakan aku murah rezeki oke. Nanti kalo aku kaya aku belikan selori 2 ekor ikan, satu tuk ko, satu tuk aku, dengar tu kucing ye”,... 

Malangya kucing tu bersungguh2 makan tanpa menghiraukan saya. Takpe la kucing..asal ko kenyang. Tapi kan..betul orang cakap kalo kita tolong haiwan terutama kucing, nanti dia akan doakan untuk kita balik. Sebab kucing kan haiwan kesukaan Nabi Muhammad SAW.

Eh..dah melalut mende saya ni sampai ke kucing ni. Tak lari tema la..rezeki, duit, bajet ngan Disember. Dekat2 la tu..Ke lah, mata dah mitak diulit. Tatai~


p/s: Percampuran bahasa berlaku dalam entry kali ni. Translator bahasa ki il cuti. Harap maklong~

 

Template by Best Web Hosting