Saturday, 31 March 2012

Wordless Tonite





do not let the past bring down of u.
past is just a history.


pssttt : always motivate myself.



Thursday, 29 March 2012

Sarapan Tengah Hari

Elok la kan...waktu petang-petang macam ni saya buat entry pasal makanan...elok sebabnya bila petang menganjak baru la tuan badan cekeding ni dapat mengisi perutnya. Kombo siap! Pagi, tengah hari dan malam. Tapi ada ke sarapan tengah hari?? Bukan tengah hari orang panggil makan tengah hari atau omputihnya LUNCH...hahaha. Kalau tanya saya sarapan la jawapannya...sebab saya dah berzaman tak sarapan pagi kalau kat hostel. Kalau balik kampung baru jumpe sarapan pagi ni...huhu. Kasihan... ;p

Okeh la. Tak pernah-pernah belog saya pamerkan entry pasal makanan. Tapi bila tengah lapar macam ni...pastu terbukak pulak gambar-gambar makanan yang boleh meragut kesabaran...mana tak melelehnya air liur ni...slurpp slurppp.. * bunyi orang meleleh air liuq yang tak senonoh

Meh la kome-kome menjamu mata dengan makanan yang saya nak pamer ni...sedia la tisu takut-takut meleleh jugak teliuqq kan...hihi.


*udang dengan rambu-rambu telur


Tolong.....tolong...tak mampu menahan godaan udang tersebut. My peberet seafood ever selain ketam. Apa ehh nama dia...udang rambu-rambu kot. Nama saitifik menu ini tak lah pulak saya ambik tahu. Asal sedap menyelerakan tak tahu nama makanan pon takpe.hik3...


Okeh. Tengok yang bawah ni pulak. Kalau tak tergoda jugak tak tahulah. Anda memang tak bernafsu.hik3 


* kok kokk kokkk...bunyik ayam


Ayam golek in da house! Ha..hebat tak ayam golek ni?? Sebijik macam ayam kan..hihi. Awas...karang silap-silap ayam tu terbang. Kategori sedap adalah 5 bintang.





Dan di saat cuaca yang panas seperti cuaca di UMP Pekan ini...amat mujarab kalau anda dapat makan buah se juicy ini...menggetarkan jiwa betul warna buah tembikai ni kan. 

Ohhh...tidak-tidak. Tak nak dah tengok gambar-gambar makanan ni. Berkeroncong perut comel ku.teeheehee... 

Tak pelik ke tengok gambar makanan di hias secantek di atas?? Ha...ni la antara menu-menu yang dihidang atas meja beradab time abang saya kahwin hari tu...time belah kami punya turn. Yang udang kat atas tu mak mentua along saya buatkan. Ayam golek yang power giler tu pulak mak sedare saya yang buatkan. Memang tak tahan. Habis je pengantin angkat bontot pas majlis makan-makan tu...saya la orang pertama yang menyerang meja pengantin.hek3... I bukan makan sisa-sisa ye...dah aim dah. Tak kannya pengantin nak melahap ayam golek dengan pakai cantek-cantek and make-up segala bagai. So lauk-pauk yang cantek-cantek tu semua jadik kepunyaan kami si penyerang meja makan pengantin...hihi...
-
-

Fyi...saya ni ada poblem craving tengah-tengah malam. Al-maklumlah salu stay-up tido lambat. Opkos la perut lapar kan...tahu apa saya buat?? Saya akan bukak dua belog peberet ni...pastu jamu lah mata saya dengan lauk-pauk yang ohsem dan cookies-cookies yang gojes sampai saya rasa kenyang.hahaha...


Dua belog yang salu ku terjah saat kelaporan : -

&


Sekian sahaja entry makanan-makanan yang tidak kena langsung dengan tajuknya.huk3..nak makan break-lunch-dinner nih. Babai... >_<



pssttt : Kul 5 petang baru jumpa nasi...kasihan... T_T



Wednesday, 28 March 2012

Wordless Wed. #6 - Gambar Jilaka Abad Ini

* abai lerr cahaya nur di wajah ini.


hahahahahahahaha x30...
- rujuk anak panah - 
x pasan pulak uya ade kat blakang.
bertambah-tambah mancung hidung uya
bila bunga payung betul-betul teletak atas hidungnya.
strategik tul picture.
hikhikhik.... >_<


p/s: jilaka = jikalau kelakar >_<




Tuesday, 27 March 2012

Hok aloh! Baju Baru Lagi...


Teeheehee...no no salah faham oke. Bukan saya punya ye baju baru tu...takde maknanya saya nak cite baju baru saya...malu kokram ehh baju kite tak branded pon...huhu. Beli longgok je. ;) 

Sebenarnya...nak bagitaw untuk kali ketiganya blog saya berubah wajah lagi...huhu ;). Akhirnya kali ni betol-betol puas hati...sebabnya dah berjaya cari template yang plain dan agak soft. Memula wat blog dulu takde identiti lagi...asal cari template nak yang comel-comel aje. After dah bebrape bulan ni...dah rajin cket nak blogwalking...tengok template blogger tu..tengok template blogger ni...rasa berkenan kat jenis template yang plain je...mata pon tak serabut nak tengok..kan. >.<

Tapi yang paling pentingya...template baru ni bleh letak pic beso-beso.huhu...tak kisahlah pic-pic dalam blog ni sume pakai kamera cap ayam..tapi asal saya sendiri puas hati tengok cukuplah.huhu... Becite-cite gak nak ada camwhore best-best..tapi tunggu je la dah keje seksok dah ada duit berkepok-kepok dalam handbag baru saya pegi beli.hehe...

Pejam celik tengok bulan tiga tinggal bape hari je lagi nak habis...kehidupan makin sibuk. Boleh tengok betapa bezanya jumlah post bulan-bulan lepas dengan post bulan ni. Rasa-rasanya makin bergerak masa saya semakin sibuk. Dahlah orangnya memang suka wat keje last minute...huhu. Ni pon tengah minggu test...cilok mase jap berbelog.hehe... Malam nanti ada test techno. Hari jumaat test data comm. Harap-harap sume oke. Paling penting final year projek saya...Ya Tuhan...bantulah hambaMu ini...semoge semuanya berjalan lancar. Amin... Tiba masanya akan saya cite serba sedikit mengenai final year project saya...but i'm admit awal-awal lagi..i'm not good in hardware...either software too..but i try my best! Dis is for my degree...for my life.



pssttt : just a short entry ;)


Friday, 23 March 2012

Cerita Dia


Sempurna...
Cerita yang tak sempurna
Apakah alasannya
Siapakah di hatinya...

Bahasaku...
Mungkin tidak seindah
Lafaz kata pujangga
Namun ku bersumpah..

Rela ku tunggu...
Jawapanmu....
Masihkah aku ada 
Di hatimu...saat ini

Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku
Tak bernyawa lagi...
Sampai nanti...

Rela ku tunggu...
Jawapanmu...
Masihkah aku ada
Di hatimu...saat ini

Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku
Tak bernyawa lagi...

Saat ini...
Rela ku tunggu...
Jawapanmu...

Masihkah aku ada
Di hatimu...
Saat ini...


( Drama Band - Cerita Dia )


------------------------------------------------------
*lagu best


pssttt : live well~

Wednesday, 21 March 2012

Wordless Wed. #5 - I'm No Longer a Facebook User


since when??

a month ago.

(^-^)



pssttt : kept asking myself..either to being cool or heartless??


Monday, 19 March 2012

My Bro's Big Day - Majlis Sambut Menantu Belah Kami ;=)

Hihi...panjang betol tajuk. Takpe..panjang bia kasi senang paham! *angguk-angguk 

Well...ni last post edisi My Bro's Big Day. Amik masa dua hari after dua post sebelumnya sebab malas tahap tapir nak bukak belog pastu nak tekan new post. Harus faham bahawa saya mempunyai komitmen yang cukup besar as a final year student and paling penting as a KOREAN FANS. Study 2 jam...dan 22 jam lagi tengok korea kah??hikhik *angguk lagi sekali

Baiklah...straight to da point. Majlis sambut menantu yang diadakan sebelah pihak kami pulak berlangsung pada hari rabu bersamaan 14hb Mac 2012. Kalau area bandar siap tetap waktu dari kul 12 tengahhari sampai 4 petang. Tapi kami tak...orang kampung kalau wat kenduri sampai ke malam pon ade orang datang. Boleh je lagi nak jamu tetamu if lauk-pauk tak abis lagi.huhu

See...bestnye kenduri kat kampung..bila-bila masa boleh pergi makan. Anytime. No limit-limit! Tapi yang tak bestnye...tuan rumah macam saya nak tercabut kaki pinggan mangkuk dari pagi sampai ke malam tak duk diam.huhu...takpe..kenduri jarang sekali je kan.hihi

Kalau cite saje tak best. Tak nampak gambaran dia kan?? Hah. Meh sini..saya bagi gambar bia jelas sikit gambaran pada hari tersebut.huu..cekidout! ;)



Yuhhuu...goodies yang banyak kutumpahkan kudratku. Dari pergi beli gula-gula, cekedis, rebus telur sampailah nak bagi ke tetamu pon saya urus. Naseb baik ada bantuan flower gurl..anak sdare yang memang dah ditugaskan bahagi goodies tuk para tetamu iaitu Amalin. Tapi ntah mana silapnya tak sampai petang goodies dah abih! Rasa-rasa dah sedia banyak...nak cakap orang ramai datang melebihi sasaran tak jugak. Erghh..tak tahu lah. Ada alian turun amik kot.huhu.. Oh lupa. Nampak tak goody bag yang besar tu...ada pic pengantin kat kotak tu kan??hehe... Kredit to both of them. Cken and salina! They're great enuf bab-bab editing nih.hee ;) *jangan isaw. aku punye turn tak suh korang wat lagi dah. aku tempah designer wat teros.hee ;)






Untuk sebelah kami tak tempah pelamin pun..abg syam tak nak. Dia cakap nak tempah tuk bilik je. Tapi sedih sekali..sob3. Takde pon gambar saya dalam bilik ni...tuan rumah sibuk uruskan mende lain sampai tak sempat masuk gambar pada hari tersebut. T_T


yeayy!! dah masuk camwhore! -> tengah tunggu rombongan 
pengantin pompuan sampai..





Set biru pulak diorang pilih untuk majlis kali ni. Suka jugak combinantion biru dan pink ni. Sweet je kan.huhu.. Tapi pastu kan...dua orang pengantin ni lesap! Pegi photoshoot outdoor. Tak baik betul meninggalkan tetamu tengah-tengah majlis. Tapi nak wat camne...dah kene ikut jadual photographer nye. Bagi je la...huhu. 

Tiga keping pic outdoor yang saya sempat share. Yang saya rasa paling nice. Oh..bukan dari camwhore photographer diorang..ni si amatur Aimi, anak sdare saya yang lebih tumbesaran dari ciksunya itu. Dia ikut time pengantin pegi photoshoot tu. Saje nak suh dia asah bakat guna camwhore yang ada lense nih.







Semua gambar adalah non-editing. Not bad la kan...kakak aimi pun baru belajar guna kamera camtu. Kalau bagi saya haram tak reti langsung.teeheehee...(boleh tekan gambar tersebut untuk tumbesaran gambar yang lebih jelas)

After pengantin balik baru lah nak ada pic kami-kami ha...tu pun semua dah sememeh muka sebab dah penat dan hari pon dah nak masuk petang.huk3


Kami menjadi begitu kerdil berdiri disebelah kakak ipar..huhu
Tengok gelagat uya tu...tak matang tul amik gambar.hikhik
In factnye uya dan kakak ipar baru adlh same umo.huhu..



Itu sahaja pic-pic yang terlarat saya share dalam blog cekeding saya nih.huhu... Dengan berakhir majlis pada hari tersebut maka selesai sudah my brother's big days... Tahniah lagi sekali dari owner blog, Huda Sindarela.hik3..poodahh!


// Soalan tak best di tanya oleh para tetamu...

     Pak Cik Tetamu : Nurul bila lagi??  Zura dah bulan 6 nanti..nurul bila pulak??
     Nurul a.k.a Huda Sindarela : %^*&@!&~ (bukan mencarut)

// Kalau dibilang ngan jari..ada lah dalam 7 8 orang tanya gitu....sigghhh =.=



pssttt: baru tahu jugak nih..gambar dalam blog akan di view besar kalau kita tekan gambar tersebut. tak payah tekan satu-satu...tekan satu gambar je pastu semua gambar boleh display macam kat dlm fb..huk3. Best2!! ----> AKU HIDUP DIZAMAN BATU.... =.='



 

Template by Best Web Hosting