Thursday 24 January 2013

Setia Hujung Nyawa, Betul Kerr??



Errr..entah bila terjebak sama. Sedar-sedar dah jadi pengikut setia drama yang tengah panas kat TV3 skang neh. Tapi bukan satu keajaiban kalau saya menjadi peminat setia drama berantai. Sebab dari zaman tak matang dulu lagi dah ada tabiat ni. Ala..ingat tak dulu-dulu..rasenye kalo tak silap time tu darjah empat kot, drama Cinderella lakonan Haliza Misbun ngan Ahmad Idham pernah melanda fenomena drama berantai terhebak mesia pastu beralih ke Romeo n Juliet pastu bla bla bla sampai lah ke zaman universiti saya beralih tengok drama berantai korea lak.hahah..tukar selera cket bila umo dah nak matang. Hurmm..kalo anda ingat dalam drama Cinderella tu heroin dia pakai name sejibik cam kita punya name. Nurul Huda Baharom. Tang nama bapak dia je Baharom tu lain..abah kita Baharun.hek3..sebab terkenan cite tu lah sampai name kat belog pon huda sindarela. >_<

Tapi sejak-sejak umo pon dah tua skang ne..masa pun tak nak ada sangat..jadi agak selektif dalam memilih cerita yang sesuai dengan jiwa. Unless betul2 saya rasa cam best dan sangat kene ngan selera baru betul2 follow. Jadinya terima kasihla untuk kawan saya yang pernah datang ke rumah saya dalam entry ni My Days Wit U, yang memperkenalkan saya dengan drama Setia Hujung Nyawa ni...hehe..clap clap clap. Dah lama tak meraton drama...tapi meraton drama ni betul2 penat sebab terpaksa bekejar balik keje sebab tak nak terlepas. Unfortunately, bese hujung-hujung part je lah dapat tengok sebab lambat balik keje.huuuhhh.. =.=

But...luckily I have this...


TARRAA!! TORA DATANG LAGIII


"tiada insan suci yang tidak mempunyai masa silam
tiada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan"
(-SHN-)


OMG. Ini memang mustahil!! Kenapa saya cakap mustahil?? Sebab selama 23 tahun 5 bulan huda sindarela hidup rasanya tak cecah pon suploh novel dia baca. Sungguh. Nampak je ayu-ayu cam budak jiwang, kalo buat karangan bahasa melayu time form 4 form 5 dulu cikgu salu suh baca kat depan konon karangan power gilerr ayat sendu-sendu...tapiii...habaq maii dia tengok novel Adam Hawa pon sebelah mata je. Takde pon rasa teringin nak baca.hahaha... Tak tahulah camne leh terjebak baca gak novel Setia Hujung Nyawa ni. Naik hairan tuan hamba. Tetiba diri terasa hebat sebab berjaya menyahut seruan kerajaan untuk menyemai sikap membaca di kalangan rakyat mesia. Terima kasih untuk kak ngah sebab bagi pinjam.hee.. Err..tapi kalo cikgu bahasa melayu bace post saya kat blog ni sure dia pengsan. Terus tak ngaku dulu anak murid. Ayat ntah pape. Bahasa langsung lah zero.hehe.. Maap kan saya cikgu~

Tapiiii...cam lain je kan novel ngan drama? Dah nama adaptasi..mesti ada lain cket...ikut kesesuaian drama. Part Zain ngan El je macam lebeh kurang sama. Watak Hady dalam novel baik giler. Seorang kawan yang bagus. Tapi dalam drama cam harem. Jahat nak mati. Saket pulak hati kita bile tengok beliau. Tak tahu la kan kot-kot Rosyam Nor nak wat seprais ke. Last nanti tiba-tiba Hady jadi baik ke kan. Ahh..gimik cite je tuh. Pastu dalam novel parents El romantik2 je..takde gaduh2...tapi dalam drama mak El cam suspek ayah El ada popuan lain. Boleh cakap banyak la lainnya novel dari drama..cume skop yang besar2 je pengarah still follow novel. Jadi tak boleh nak guest apa jadi next episode even novel dah khatam.

Urmm..sape setuju lagu ending dalam cite ni best?? Ntah bila nak release. Cepat la release ooii...sure dah ramai tunggu ni. Tunggu nak donlod free.hek3.. Urm...nyanyi cket...


Aku tak bisa menidakkan rasa cinta
Meski ku tak bisa melupakan salah mu
resah hatiku
Maafkan diriku
Melukakan mu

Cinta jangan engkau pergi
Jauh dari diri ku lagi
Sesungguhnya cinta kita
Setia ke hujung nyawa

-Setia Hujung Nyawa-
(Fiq & Gjie Sixth Sense ft Mell Sakura)



pssttt: last complete drama and novel saya follow Cinta Buat Emelda adaptasi novel Kasih Antara Kita..


1 comments:

Syuhada Nasya said...

KITA MINT CERITA TU TP X BERPELUANG LG NK BELI NOVEL TU .. ASYIK XDA JE KAT KDAI :( .. AP2 PONN KITA DAH FOLLOW SINI ..:)

Post a Comment

 

Template by Best Web Hosting