Monday, 30 January 2012

Yiihhaa! Awan Nano Saya Menang AJL26!!!

BRAVO. BRAVO. BRAVO. Hebat gila lagu Awan Nano dari Hafiz menang AJL26 malam nih. Tahniah saya ucapkan kepada Hafiz dan M.Nasir.

Memang bajet lagu ni akan menang pon.yihiyihi..sebab apa?? Sebab apa lagi sebab lagu ni memang berhantu dan sangat best. Time memula lagu ni kuar 2 3 bulan gak lah lagu ni berkumandang kat laptop saya. Dasyat kan. Sampai rumet pon dah naik hijau ngan lagu ni. Katanye lah. Tapi takpe. Papepon lagu awan nano saya menang!kih3

Keputusan penuh AJL26:

Juara - Awan Nano (Hafiz)
  Kedua - Beribu Sesalan (3 Suara - Jac, Ning & Shila) * yang ni pon best.
Ketiga - Karma (Abam Faizal Tahir)

Vokal Terbaik - Hafiz lagikkk (Awan Nano)
Persembahan Terbaik - Alyah (Kisah Hati) *suka jugak

Tapi tapi tapi. Hafiz hebat sangat sebab pakai baju t-shirt buruk ngan tracksuit je.hihi..dahla dapat berpuloh2 riban (even kene bahagi ngan M.Nasir kan), tapi dia takyah susah2 nak kene gi bayar baju pastu.huk3..jimat gila.

Secara ringkasnya AJL26 yang bertemakan air pada kali ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Pemenang2 pon memang harus dan layak untuk menang hokkkeh. Takde main tipu2 dah.kih3. Urmm...bagi yang sakit hati sebab abam remy naik pentas last alyah nyanyi tuh..sudah2 lah sakit atinye oke. Dia wat kerja dia kot.hihi..positive kan saya. * dah2 komen lebih2 pasal ni. karang ada kene baling ngan lesung batu.huk3


psssst: begitulah awan nano nano nano nano.............~ ~ ~ *mood epi





Sunday, 29 January 2012

Lapar. Makan nyamukkk...nyum2~

Seminit..dua minit...doploh minit...fuhhh...cuba lagi pejam mata. Tiga puloh minit satu saat....


aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrr
rrrrgggggggggghhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!


Tensennnyaa!!! Geram yang amat nih. Nyamuk ni kan...karang ada aku wat goreng masak kicap nih. Dok weng weng weng bunyiknya kat telinga nih. Memang hilang sabar!

Baru je nak jadi normal tido awal bangun awal. Dua tiga hari ni asyik jadi kelawar je..tido pas suboh pastu bangun dah petang. Pagi pon dah tak kenal sape huda sindarela. Buruk betul habit kan.kih3...wat hape ekk tido lambat gitu?? Boleh je nak anggap saya wat psm pon.. * yelah teww wat psm . Tapi disebabkan nyamuk yang tak reti bahasa nak jugak darah saya yang manis cam gula nih membuatkan impian tinggal impian je. Tak sempat pon saya nak realisasikan impian tido awal ni.

Ce bayangkan hampir setengah jam jugak la saya berpura2 tido nak bagi nyamuk paham. "..oh..dia tido la weh. tak na la kaco beliau..karang dia bangun ngamuk pulak...", kata nyamuk yang baik hati.

Tapi tapi tapi. Nyamuk yang baik hati dah pupus skang. Tinggal nyamuk yang kejam gila yang tak pernah nak putus asa. Booo kat keturunan nyamuk jap. Boooooooooooooooooooooo~

Dah 45 kali saya dok golek2 atas katil ni last2 kalah jugak kat nyamuk. Bukan menyerah kalah. Tapi takut kalo saya tak bangun abih keturunan nyamuk pasni saya baham sebab sambil2 nyamuk dok weng weng weng kat telinga....perut plak dok kriuk kriuk kriuk mengeluarkan signal tanda lapar. Risaw pulak karang ada nyamuk jadi mangsa perut guwa nih.

Ignore pasal nyamuk. Meh la kita nikmati megi masak lam rice cooker hasil tangan salina bidin yang awal2 lagi menyerah kalah kat nyamuk nih. * sebab dia bangun la saya turut bangun.hihi

Dengan dabik dadanya...." nyamuk, ko tak nak ke megi masak telur nih??..." sambil angkat kening berdendam.


pssst: bunyik nyamuk weng weng weng ke??



Saturday, 28 January 2012

Belanjaan dari Uya untuk Uyu

Hari tu kan ada cite sal jalan2 cuci-cuci mata kat jusco kan. Ingat tak saya ada bagitaw saya pon dapat sumtin dari kak uya?? Kalo tak ingat abaikan.

Ha...nih die bendenya...heee



ELLE IN DA HOUSE!! yiippii....

Hehehe...berjaya jugak saya bodek kak uya untuk membelikan jam baru untuk saya setelah setia selama dua tahun dengan jam lama saya..huhu. Mesti ada yang cakap "..eleh, jam elle je pon..tu pon nak tunjuk. buweekk!". Rakan2 sekalian yang pernah lalu-lalang kat sini..saya mintak maaf ye. Saya tak kan pernah ada intention nak menunjuk ke hape ke..jangan salah tafsir ye dengan kesopanan saya ini. Entry ni just nak menghargai kakak saya yang berpenat lelah menghabiskan duit bonus akhir tahun beliau untuk membelanjakan adek bongsu dia yang sengkek inih.huhu..

Apa lah yang saya ada untuk saya tunjukkan. Nak kata kaya jauh panggang dari api. Saya tak malu mengaku family saya tak kaya pon macam anda2 diluar sana yang bertuah dilahirkan dalam family yang senang lenang. Cakap je nak ape mesti dapat. Tapi saya tak macam tu. Puas simpan angan baru dapat.Kadang2 langsung tak dapat apa yang nak. Bcoz of dat, i'm really really really appreciate what people gave me! Especially from my family.Titik.

Ter-emo plak kat atas tu. Bukan apa..keluhan seorang insan miskin cam saya.hek3...

Meh tengok camne rupanya watch baru saya..sayang ehh nak pakai.huhu

pinky pulakk...heeee. simple je kan.


dah pakai dah pon dua kali..huhu. suka sebab ada yang macam key-chain dekat tali jam tuh. mula-mula jakun dok pikir kenapa la ada yang macam key-chain kat tali jam nih. karang wat tangan saya gatal je. pernah saya try nak cabut kot mula2 dapat hari tu. tapi tak dapat. pastu dah dua kali pakai cam comel je plak key-chain tuh.huhu

Oh, fyi..dari dulu sampai sekarang saya tak pernah beli jam sendiri. Salu orang yang bagi. Saya sangat menghargai orang yang menghadiahkan @ membelikan saya jam...sebab bagi saya mereka telah memberikan waktu mereka kepada saya.hahaha...puitis gila maksud kan. So, sape2 yang nak bagi saya hadiah pasni sila-sila bagi saya jam.hehehe. Poyo je.


uya...really really really thanks to you. maaf sebab uyu salu ngengade paw duit uya.hehehe...lain kali kalo uyu nak pape lagi uya jangan berkira2 yep. =)

my sis. tayang2 kamoo.muah3.hehehe



pssst : jam lama saya..jangan majuk2 eh. saya masih perlukan kamu selagi hayat kamu ade.hehehe



Wednesday, 25 January 2012

Jumpa UAI kat TC!!

Wohhaa! Excited tak abih lagi nih tahu. Sape tak kenal Ustaz Azhar Idrus @ UAI baik pegi kedai laju2 pastu beli cd ceramah ustaz. Takpon donlod je kat youtube pon berlambak je oke. Nak seribu daya tak nak seribu dalih.hehe (selingan..)

Tadi...tanpa disangka2 la kan..dan ditakdirkan untuk hari ni bahawasanya saya akan terserempak dengan UAI kat teluk cempedak. Terkejut sakan u know. Yelah. Biasa tengok ustaz dekat facebook je. Takpon dengar ceramah2 ustaz kat cd yang hanya dengar suara je. Tapi kali ni jumpa face to face! Sape tak rasa excited kan. Stop kejap fungsi otak time tengok ustaz ngan wife dan anaknya. Ohsem sangat mereka. Sejuk mata melihat. =)

Masa tu kami (saya and bebrape lagi member) kat dalam kete. Pusing2 tengah cari parking sebab ramai gila orang kat tc tadi. Tetibe terpandang ustaz anak beranak nak cross jalan betul2 kat tepi kete kitorang. Apalagi, tak tahu nak watpe kan, terlambai2 plak kat ustaz konon2 say hye dengan cara orang jakun jumpa artis la kan.huhu..eh, UAI femes jugak taw. Okeh, sambung cite. Pastu kan, dah tengok kami lambai2 sambil dok kecoh2 panggil "ustaz uztaz uztaz"...dia pon balas gak lambaian kami.hahaha...sempoi sangat UAI ni kan. Langsung tak sombong nak balas lambai2 kami tuh.huk3...tapi sayang tak sempat nak snap pic ustaz and family sebab kete berderet2 kat blakang tengah tunggu. So pity kat situ...huhu.

Hihihi..tu lah ceritanya bila kami yang tak semenggah ni jumpa ustaz yang sekarang makin2 femes dikalangan anak2 muda skang..respek cara ustaz tarik anak muda zaman skang tuk mengikuti ceramah2 agama beliau.


ni pic UAI feat zizan time ceramah kat shah alam malam new year haritu. hebat.

Urm...teringin gak oneday nak dengar and mengikuti sendiri ceramah2 UAI..insyaAllah..



p/s: saya juga insan yang tak sempurna. terlalu banyak khilaf. dan saya berusaha untuk memperbaikinya. sekian.

Tuesday, 24 January 2012

Buddies forever

Do you ever feel like dis??.....

Sometimes u feel u are lonely person. No one u can talk with. No one u can houng out together. No one u can share ur sadness, ur happiness. No one will appreciate u when u r not around. No one ever remember u although they have shares many experiences wit u.

And u....always appreciate people around u. Never forget them even a second. But u know after all they are all da most important person in ur life.

 ---------------------------------

Dis kind of feeling, da situation, always happen to me.

But...always set in my mind, there are so many persons in my life that i can depends on. That i can share everything wit them. My sadness. My happiness. My laughness.

 ----------------------------------

Here, in my blog..i want to dedicate my gratitude to all my buddies while i was in intern a few months ago. Although we r only shares a short time together..but deep in my heart they are really really really awesome buddies in my life.
-
-
-


  sue syuhada

da most inspiration person. ex mpp of utem. ohsem kan?? u should see her spirit while doing her job. alwaz hope can have a spirit like her someday.



teh fatihah

talkative person. but never talk rubbish. same goes wit sue in term of spirit. now at utm skudai johor. once she learn sumtin, she will learn until da person who teach her kept silent bcoz
no more answer for her question.hahaha..so funny.



mira

hooo...da very soft person. wonder wit her soft spoken and soft attitude. lucky to her man someday bcoz can get such a person like her. we kept calling her mama mira for motherly behaviour in herself.huhu..oh, she  just finished her study at uthm. congrat to u. (kept laughter when remember da way her sang awan nano..funnyx40)



amir

yihhhaa. gile2 satu kepale like me. no wonder we r great while in working together.hahaha..sampai ade yang misunderstood wit our friendship. so childish dat people. kan?huhu..now study at unimap.



bidiey

introduce to u da tough man in our buddies group...may be in uitm shah alam too.hee..although he look tough outside, but he can understand people well. include da woman hearts.hehehe...
see, he just wrote 'i love you' to me!keh3..oke. it was a joke. don't salah2 faham oke. =p



kak fieza

if u want learn how to be confident, u should ask her. ex mpp too..at our uni, ump. respect to her confident. cayok2 kak. =)


tak lupe juge to my buddies from ILSAS.


apih (baju itam) & wan (baju putih)

hahaha..can i include them into my intern buddies?? altough we were not so too close while working. asyik buli saya je asal ade masa. nevermind. asalkan saya tahu mereka orang baik2. don't u think people dat ever remind u to study hard to get da better life is a good person?? for me..they were kind enough to remind me. thanks to all of you~

-----------------------------------

never gonna miss dis kind of joyful time wit them =)




end of my intern buddies. buddies forever yawww~


p/s: my grammar is rubbish. no joke. but i'm trying to improve. practice make perfect.hee =p



Monday, 23 January 2012

i think i'm crazy enough!

seriously. seriously. seriously.

i think i'm crazy enough.

demmm!

why i'm being such a mat jenin person??

to be crazy liking such a person like him.

kept smiling while look at his face.

heart's like want to be explode.

aaarrrggghhhh~~

i just do a childish method. a few seconds ago.

wanna c dis??
-
-
-
 - 
-


hahahahhaha,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,i let u laugh to me dis time.


xxxxxxxxxxxxxxxxxx

once again.

i'm crzay enough.


dis face remind me to someone.

just shape of face. coincidentally maybe.

again.

i'm crazy enough.


huwaaaaaaaaaaaaaaaaa~ really really really like his new hairstyle.

my heart is kept melting.

i wish. i wish. i wish.

my future man.

just like him.heeeee 0_0


ENOUGH HUDA SINDARELA ENOUGH.

~don't dream in daylight time. =.=


pssst: dis is da second entry bout my kim jong kook. click dis to go to first entry bout him.




Because i miss u

Always the exactly same sky and always the same day
Only thing that is different is that you are not here

I thought I’ve let you go. Without anything left
No, no. I still haven’t been able to let you go

Longing for you, I am longing for you. Because I am longing for you, I call you and call you by myself everyday
Missing you, I am missing you. Because I am missing you, now I just call out your name like a habit. 
Even today

Day by day, I feel like I am dying, so what could I do?

Love you, Love you. I love you. Without even being able to tell you these, I’ve had to let you go like that
Sorry, I am sorry. Can you hear me? Could you be able to hear my late confession?

I love you.
 




 pssst: jatuh hati ngan lirik lagu nih.




Sunday, 22 January 2012

Jenjalan Part 2@i-city

Hari ke-2 kat ump. Still dalam mood beroliday lagi nih. Cuti cny jugak saya kat sini pon. Tapi dah pindah bermastautin kat bilik member. Takot weh dok kat bilik sendiri sorang2. Nak2 blok saya blok paling ujung paling jauh. Bettter la dok ngan skali ngan member time2 xde orang camni. 

Hokkeh! Baru abih maraton drama korea 15 episod. Baru start petang smalam and dapat habiskan dalam masa sehari je. Hebat tak hebat tak??hahahah...kalo dapat abihkan 15chapter process control exam ari tu takpe lah jugak. Ni kalo bab2 tengok cite laju je eh. Biasalah. Korea fanclub.hihi.. Oh, kalo sape2 tak tengok lagi drama Heartstring a.k.a You've Fallen for Me sila pergi tengok cepat. Tak rugi i cakap. Sebab best sangat cite tuh okeh. Sweet je memanjang. Maunye melting hati-hati yang melihatnye inih. Ce teke sape yang join maraton tengok drama ni skali?? Bagi hint ckit...kurus tinggi macam artis korea gak. Mata pon sepet.hihi...Jawapan dia cik Silent!hehehe...berjaya gak saya drag dia nih join skali tengok drama berantai ginih. Kalo tak lambat lagi kalo dia nak layan kpop nih.

Kalo minat dua orang nih memang tepat skali kalo laju2 pegi marathon drama ni okeh. Selamat menonton. Malas nak sinopsiskan cite. Tengok sendiri. Nati tak sapsen. Eh..betul ke eje. Lantak.

Berbalik pada tajuk entry ye. Sambung nak story sal jenjalan time oliday hari tu. Tapi kan..takde mood la nak cite panjang bejela2 cam kain ela tu... Tapi takpe. Lets picture story everthing.keh3...zasss~Layan.








Ibu dan anak2..we love u ma.muahhh~uyu, uya, kak na.















Dapat tak jalan citenye?? Kalo tak paham buat2 paham je lah ye. Kebanyakkan pic tak nampak pon lampu2 yang hebat2 kat i-city tuh. Sebabnya kami sampai tak malam lagi...dalam kul 6 petang lebih2 gitu je..so amik pic awal2 before malam. Sebab tahu kalo malam kualiti pic tak cantik ekoran kamera yang yang hanya bercap ayam.hihihi..tapi tak sempat tawaf abih pon. Perlu hormat ma yang mengarahkan kami agar pulang sebab ma dah penat.hiihii..lain kali pulak lah kita pergi ye ma.


pssst: sedih pulak time jenjalan tuh abah tak de join skali. abah tak ikut pon saya dan ma datang kl haritu..sob3. takpe..one day nak bawak gak abah jalan2 keliling satu mesia.huh.


Saturday, 21 January 2012

Jenjalan@Jusco

Tak tahu nak start entry camne...baru lima ari tak update blog dah mati kutu. Pasni kalo tak update sebulan memang terkubor terus blog tak seberape neh.heheh~

Know what?? Now i'm back to ump yang tak brape nak chenta time poblem air beleluase ritu. Yeaahh!! A great greeting to myself ----------------> WELCOME BACK TO UMP DEAR!! kah3...desperate sebab takde owang nak wish kan so wish tuk diri sendiri. Weh, sape je yang ade time2 cuti gini...owang cam saya yang tak start PSM2 jek yang kene dok cini..tapi so sad. Brite sedih member sampaikan semalam kompenen takleh amik lagi..kene tunggu bulan februari nati. Hamekk ko!! Tiket datang sini awal2 dah beli. Kalo tak lambat lagi la saya rerajin nak datang awal. Nak tak nak datang la jugak. Atlis akan ada la keje lain saya akan carik pasni. Contohnya start wat design circuit ke. First step ni pon tak wat lagi..heu3.

Okeh. Refer tajuk entry kat atas. Ari sabtu lepas jenjalan ngan family pegi shopping cket2 kat jusco.heehee...like empat ibu jari kaki dan tangan. Shopping ngan popuan memang tak dapat dipisahkan..i'm rite?? Angguk2 kan kepala semua wahai popuan2 diluar sana..hihi.

Ce tengok cket pic2 time kat jusco tuh.

 lets go bebeh. time to jusco.
-
-
-
-


oh lupe. becuti kat kl ritu dok umah my sis kat damansara damai. pegi sebab jadik part timer babysitter.heheh. keje rutin la tuh time oliday. (i'm still in red mood. wonder. do i look ok in red??)

sayang sangat2 dis person. my only one. nurul sayang ma.heeee :)

padan muka mia tak masuk pic. suka sangat main2nye.huhu

kak na & kak uya. thanks both of u bawak i g jenjalan and blanje adek bongsu kamoo yang nengade inih.hehe


mama----damia----imanie


 Lastly si tecik yang tomey...imanie


Hoh. Itu ajelah pic2 yang sempat disnap time jenjalan kat jusco ritu. Pusing punye pusing ma dapat satu handbag baru. Ma memang tak sah kalo tak tukar handbag dia. Dapatlah satu handbag valentino creation disponsor oleh anak terchenta. Kak uya. Saya plak dapat apa?? Syhhhhh....diam2. Lain entry kite cite. Tak seprais gitaw skang.huhuh

After berpenat lelah pusing jusco tuh, pegi makan katne ntah, Lupe. Pastu kan bawak kids dua owang plus ciksunye skali pegi jenjalan kat i-city.heheheh..saya jakun. Pes time pegi.heu3..yelah wei. I'm study at pahang. Takde i-city bagai nih. Kalo dak2 uitm shah alam ke tak pun u skitar2 tuh memang dah bosan kot pegi i-city nih. Cite len kali lah i-city tuh. Tak mo lah sekali harung je cite. Nati bejela2 entry nih.

Ok lah..perlu tido. Penat naik bas tadi. Goyang2. Dahla pagi smalam baru sampai kelantan. Dapat dok sehari je kat kampung. Pagi nih plak dah datang sini. Tido dulu~


.....zzzzzzzZZZZZZZZZZZzzzzzzzz.....

Sunday, 15 January 2012

Diam.


Kekadang orang cakap diam tu lebih baik...

Boleh redakan hati...

Boleh damaikan amarah...

Boleh sorokkan kesedihan....

Tapi...

Kekadang orang cakap diam itu tak elok...

Boleh timbulkan prasangka...

Boleh matikan perasaan...

Boleh lahirkan kesimpulan yang tak pasti.
.
.
.
.
.


Diam tanda sedih.

Diam tanda tak suka.

Diam tanda benar.

Tapi masih ada...

Diam tanda setuju! huhu....



 shhhhhhh....diam orang cakap.heee


pssst: entry ntah pape pas bgun tido.haha





Saturday, 14 January 2012

Bila masanya untuk berhenti berharap??


Dalam hidup ni kan, terlalu banyak keinginan yang hendak kita capai. Memang lumrahnya manusia, seboleh mungkin kita mahu berjaya dapatkan apa yang kita nak. Tapi hidup ni bukan cite dalam novel. Bukan jugak drama mahupun filem yang tayang kat televisyen tuh. Semua ending cite hepi. Bahgia.

Tapi kan, kalo pikir2..hidup ni tak semudah yang disangka. Ada ketika kita nak kerjaya yang hebat-hebat. Ada ketika pulak kita nak naik kete yang mewah2. Bila tengok orang lain bahgia dengan family masing2, kita pon nak ada family camtu. Ada pulak bila tengok orang lain hepi bahgia dengan orang yang mereka sayang, kita lebih2 lagi nak jadi macam mereka. 

Satu benda kita kene ingat. Setiap orang nasib mereka tak sama. Mungkin sekarang kita tengok orang sekeliling kita bertuah dapat apa yang mereka nak. Hidup diorang serba lengkap. Everything is perfects. Tapi kita tak. Bila jadi macam ni kita salu salahkan diri kita. Kononnya kita tak bernasib baik. Kononnya kita malang la apa lah.

Jangan. Jangan pernah ada rasa camtu. Mungkin hari ini hari mereka. Mana tahu esok hari kita pulak. Oke..dah panjang taip masih tak capai objektif lagi.

Baiklah. Berbalik pada topik. Bila segala apa yang kita impikan tidak tercapai, sila lah berhenti berharap. Berhenti berharap bukan bermaksud kita mengalah. Bila kita berhenti berharap untuk memiliki apa yang kita nak, sebenarnya kita membuka satu ruang pada diri kita untuk lebih menghargai apa yang kita sedia ada.

Kenapa saya cakap macam tu?? Pernah tak rasa bila kita berharap sangat pada sumtin, kita dah tertutup untuk melihat sesuatu yang lebih baik. Bagi contoh senang la kan. Time kite pergi mall nak carik baju. Carik pulak kaler feveret kaler biru. Nak corak kotak2. Carik punya carik tak jumpa. Walhal kat situ kita banyak lagi baju yang lagi cantik bagi popuan atau baju yang lagi nampak cool bagi laki. Tapi kita terlepas pandang semua tu. Kenapa?? Sebabnya kita asyik sangat dok cari apa yang kita nak, apa yang kita dah set kan dalam mind kita. Boleh nampak tak kat situ betapa tertutupnya kita??

Tapi kita tak putus asa. Kita usaha gak cari baju yang kita nak tu. Tak kisahla kaki bagai nak patah dok pusing2 satu mall. Perut berkeroncong pon cakap nanti dolu sebab nak carik jugak baju tu camne sekalipon. Tak jumpa gak ari ni. Esok datang lagi. Tak jumpa gak cari pulak kat mall lain. Abih satu bandar kita tawaf tuk dapatkan sehelai baju kaler biru corak kotak2.

Tapi nak dijadikan cite lah, waktu tu memang satu mall dalam mesia ni dah abih stok baju kale biru corak kotak2. Ha..bila dah macam ni kita diharuskan untuk berputus asa. Tahu kenapa?? Sebab baju tu memang tak ditakdirkan untuk kita miliki pada waktu tu. Hatta kita pergi merayu kat hatta dolmat sekalipon suh design baju kaler biru corak kotak2, kalo dia cakap takde memang takdelah. So, baik lah kita berputus asa untuk cari baju yang kita nak tu daripada kita terus menyiksa diri.

Nampak kan. Betapa keinginan kita untuk memiliki sesuatu tak tercapai akhirnya even kita dah tahu awal2 lagi cuma tak nak putus aje. Degil orang cakap.

Jadik..dalam hidup ni kalo kita rasa kita tak mampu memilki sesuatu apa yang kita nak tapi kita dah berusaha untuk dapatkannya dan memang sesuatu itu bukan untuk kita, kita boleh berhenti berharap. Berusaha dapatkan yang lain. Yang lagi elok. Yang lagi baik. Yang mungkin kita terlepas pandang time kita syok dok kejar yang bukan  milik kita. Ingat tu.Paham!


------------------------------------------------------------------------------------------
~ should i give up too?? there's sumtin dat i'm not sure but i try to get it. perhaps dis time i need to give up.....it's not belong to me~




Friday, 13 January 2012

Penting sangat ke FIRST LOVE tu?

Okeh..malam ni kita feeling2 cket cakap sal cintan-cintun ni yep. Kalo rase alergik ngan bende yang namenye cinta ni silalah tinggalkan blog ni dengan kadar yang segera.Tiada paksaan dari mana2 pihak~

Cuba la try survey..takyah ramai2 pon takpe. Survey dalam suploh atau doploh orang pon cukopla. Pastu tanya apa pendapat mereka tentang first love nih? Kompem kerat ranting kayu lah mesti banyak jawapan yang kita akan dengar yang macam lebih kurang gini ha bunyiknyer..

"..dia first love aku wei..mane bleh lupa..."

takpon camni

"..cinta pertama tu..sampai mati akan ingat.."

kalo nak parah lagi gini ha

"...aku akan tunggu dia sampai bila2..dia cinta pertama aku...sob3"

Walaweh. Kuat betul penangan cinta pertama ni tahu. Memang tak nafikan banyak je yang ok kehidupan mereka even tak dapat bersama first love diorang pon. Tapi takleh nak deny jugak ramai yang hepi go lucky bertuah dapat berkongsi hidup bersama2 first love diorang. Kalo ada yang bertuah camni memang bonus untuk diorang.

Tapi kalo yang tak bernasib baik macam contoh2 kat atas camne plak?? Ha ni..nak habaq mei meh. Jangan sedeh2 oke..bukan best sangat pon first love ni. Memang la dari first love tu la korang kenal erti sayang-menyayang, erti berkongsi masalah dengan partner korang, erti suweett-muweet dan macam2 erti lagilah. Tapi kalo dah jodoh kita bukan dengan cinta pertama kita, apa kita boleh buat. Menangis air mata darah sekalipun kita memang tak ditakdirkan untuk bersama cinta pertama. Jadi kita harus ikhlas lepaskan cinta pertama tu. Biar dia mencari cinta yang seterusnya oke.

Cakap memang la mudah kan. Ye memang. Cakap memang mudah. Orang cakap cinta ke dua ke tiga sampai ke tiga ratus empat puloh enam kali bercinta pon tak kan sama dengan cinta pertama tu. Memang la weh tak sama. Sebab yang ko becinta ke dua ke tiga kali tu bukan dengan orang yang sama. So memang la tak sama. Tapi nak diingatkan disini jangan sampai anda terhegeh2 tak leh nak lupakan first love korang tu korang terlepas cinta yang benar2 tulus. Mana tahu cinta benar, cinta tulus tu lalu menyapa anda saat anda berduka teringatkan cinta pertama tu. Melepas free2. Putih mata lagik skali.hik3 ..(oke. tak klakar)

Tapi ada satu bende yang saya nak ingatkan. Kalo pasangan anda tu sanggup lepaskan anda yang juga cinta pertama beliau, maka tak perlulah menangisi pasangan anda yang bodoh lagi tak reti bahasa itu. (oh..maap. terkasar bahasa). Nak2 biasanya kalo pasangan yang dua2 belah pihak adalah cinta pertama, mereka banyak melalui zaman susah together2. Yelah, dua2 first time kapel. Sehabis mungkin menjaga hubungan antara satu sama lain. Tup2 break off kat tengah jalan atas sebab musabab salah satu pihak. Yang gini tak yah nak rasa dump teruk2. Sebab apa?? Sebab terang lagi bersuloh yang pihak itu dalam kepala dia ada satu zarah neuron yang memang dah set sejak dari azali lagi : 'KALO ADA CINTA PERTAMA, AKAN ADA CINTA KE-2, KE-3, KE-4 DAN SETERUSSSSSNYYAA...'. Betul tak statement ni?? Kalo salah sila betulkan.

Jadi bagi saya sendiri la kan, just let go ur first love without any regret. Apa yang penting jangan putus asa disebabkan cinta pertama. Jadikan first love tu satu kelas permulaan pembelajaran subjek sosial @ orang putih panggil Socials Relation for Beginners agar bila anda belajar Social Relation for Intermediate @ cinta seterusnya, anda akan lebih matang dalam perhubungan anda. InsyaAllah..jodoh ajal maut semuanya dah ditentukan Dia awal2 lagi. Just prays agar jodoh anda kelak adalah sebaik2 pasangan untuk anda.

Meh kita tanya apa pendapat cik huda sindarela memandangkan beliau sendiri ada pengalaman tak tercapai first love nih. Ikuti sedikit komen beliau kat bawah ini:

"...urmm..bagi huda, its oke if hilang first love. sedih memang ada. tapi tak gune kalo sedih untuk bende yang tak gune kan?? sebab yang lagi penting, yang lagi bermakna pada huda bukan cinta pertama, tapi CINTA TERAKHIR. kalo cinta terakhir huda tahu huda adalah cinta terakhir dia..." sambil senyum. >.<

 
-----------------------------------------------------------------------
Sekian.


p/s: ini adalah pandangan saya sahaja. setiap orang ada pandangan masing2. dan saya tahu saya tak layak bercakap pasal cinta. just a try.



Thursday, 12 January 2012

Ceritera 2011


Kalo ikut perkiraan, dah 12 hari kita melangkah ke tahun 2012. Boleh ke lagi kalo nak story kan bende yang berlaku tahun lepas?? Urm..kalo tak boleh pon sape yang nak marah?? Suka hati jantung kaki gusi tangan mulot saya la kan nak story ke nak taip ke nak hape ke kan. Ni kan blog saya. Tempat saya meluahkan apa yang saya rasa dan ingin diceritakan tapi tak dak orang nak dengar.kui3..sadis!

Ok lah..sbenarnya nak reviewkan cket dan secare ringkas apa yang huda sindarela lalui sepanjang taon 2011 tak kira lah samada tragis, sedih, epi mahupun lucu.

Secara ringkas je ye. Ok..awal2 tahun ritu rasa2nya tak de pape pon yang penting tuk diriviewkan. Tapi masok bulan seterusnya i’m facing a relationship problem like other. Well, x mo cite panjang. Endingnye i’m back to single after 5 years. No matter how much u raise and care bout ur relationship wit ur soulmate, but if ur fate is not wit him, there’s nothing u can do. Just prays one day u’ll be meet wit someone dat really love u and after all he truely fate to u. InsyaAllah.

Dalam  taon lepas gak kenal sowang insan ni. Until now rasa sangat2 menyesal sebab saya dah buat seorang yang sangat baik kenal saya yang tak berape nak baik ni. And u know what i make his heart hurt. Stupid of me! Tapi..admit pernah ada rasa sayang. Macam dia cakap ‘lelaki baik untuk perempuan yang baik’. And saya jahat. So, just hope he’ll able wit someone dat really kind to him. Jangan carik macam saya. Tak pernah menghargai.

Tahun lepas gak result tahun 3 sem 3 saya jatuh teruk. Mendadak2. Padan muka. Memang tak leh score subjek micro-c kot sem tu. Memang weak sangat subjek yang memerlukan coding2 segale bagai nih. Camne lah nak hadapi PSM2 nih. Takot... =.=’

Urm..pastu tahun lepas gak melalui pengalaman bekerja sebab intern selama 3 bulan. Oh ye. Saya intern kat TNB Tanah Merah. Tak jauh dari rumah. Saje pilih dekat sebab nak intern sambil beroliday.hik3..tapi siyesly cakap best sangat intern kat situ. Ofkos la dapat pengalaman kan..keje jat mane2 pon dapat pengalaman. Tapi pengalaman yang saya dapat, saya jadi lasak kat situ. Takde lah nak ayu2 pakai wedges ke high-heel ke takpon dress segale bagai time pegi keje nih. Mane ade wehh! Tak kan nak naik lori TNB, panjat tiang pasang meter, masok parit install high voltage boleh pakai sume2 tu. Pegi intern jadik secretary la gamaknye kalo nak melawa2 camtu.hak3..Kat situ lah dapat merasa bekerja dalam kalangan staf2 yang lagik tua pangkat ayah ngan kita. But, kat situ jugaklah kita belajar cara untuk hormat sesame kita dan hormat cara orang bekerja. Tapi ada gak tak best..saya jadik orang itam after 3 month intern..huk3. Al-maklumlah berpanas berhujan lagik.

Lagik...urm. Tahun lepas gak satu2nye bapa sedare belah abah meninggal..ketumbuhan dalam perut die pecah. Dis is da silent killer disease..dia tak tahu pon dia ade ketumbuhan tu. Sedar2 dah terlambat untuk dirawat.. Tak sangka sangat sebab before tu last kami jumpa bulan june. Masa tu time majlis tunang kak uya. Saya panggil dia ayah. Sangat terasa bile die takde. Sebab die baik sangat dengan family. Ayah kelakar orangnye. Paling terasa sebab bila mak kol ayah dah tenat malam tu jugak saya balik. Tapi time dalam bas otw balik abah tepon cakap ayah dah takde..sedih. Nangis kot dalam bas tu. Sampai2 je dalam kul 2 pagi lebeh terus duduk kat sisi arwah bacakan yasin..sampai pagi. Tahu tak...arwah senyum je time die takde tu..

Masok final year sem 1 yang baru je lepas bebrape hari ni..everthing is ok. Walaupon awal2 sem tu banyak sangat dugaan hati terpaksa saya lalui. Tapi..syukur sangat semua tu buat saya jadi kuat. Progress PSM1 ari t u pon berjalan dengan baik..present pon dapat result yang saya rasa syukur sangat sebab tak bajet dapat gitu. (paham2 la..my panel skema2 oke). Oh ye, saya ni tak yah lah nak bercuti sangat. Sebab 20hb ni dah nak kene balik uni sebab dah nak kene start buat hardware PSM2. Tapi awal2 je saya kuat..last2 sem ritu dah lemah balik. Mungkin sebab hati jadi lemah..so semangat pon x brape nak ada. Mujur dapat abihkan final dengan selamat. Dahla sem lepas asyik sakit.  Jawab final pon tengah sakit. Pastu terburu2 balik kampung pas abih paper pon sebab takot dan penyakit saya datang menyerang. Sighh...

Huh. Tadi cakap secare ringkas. Ni kemain lagi berjela. Saya memang camni. Kalo before nak menaip ke menulis ke bukan main liat agi idea nak keluar. Tapi bila dah start tu takleh berhenti2 dah. Seb baik ngantuk. Kene jugak berhenti.huk3..ok lah. Rasanya cukopla review tuk taon 2011. Kesimpulannya taon 2011 lebih banyak duka daripada gumbira. Harap sangat tahun 2012 bagi kegembiraan berterusan tuk saya. Wish me...~~

      -Oh lupe, November tahun lepas gak blog ni wujud..huk3 -

Tuesday, 10 January 2012

ePI oLiDaY!!!

Hehehe...rupe2nye cuti saya dah pun bermula. Nak taip entry laju2 sebab tengah sibuk bercuti makan angin.hahaha (bajet cuti la teww)

Abis paper hari jumaat hari tu deras2 kot saya balik sebab tak mampu dah nak dok kt uni..hik3. Rindu kat kampung menggile2..ye lah. Dah dua bulan i tak balik ok. Mau nye tak rindu. Ada sebab lain jugak ribut2 balik terus pas exam tu..sebabnye nak kejar masa. Takot masa lari eh?? Bukan...takot masa sihat ilang ganti ngan masa sakit.haa...mesti tak paham kan?? Abaikan.

Yang penting skang, saya sedang bergumbira bercuti bersama2 my kids.hee...kids aje. Papanye takde.huk3...gatal. Takla...sbenanye tengah becuti bersama2 anak2 sdare yang comey lotte macam ciksu die.hik3..

Ok lah..kene pegi dulu. Nati sempat update kite story2 lagi yep. Banyak bende tertangguh nak cite kat cini sbenanye..tapi tak sempat aje. K lah..tatai~

Wednesday, 4 January 2012

Hari pertama exam masih demam...

Tak mampu nak taip panjang2. Otak tak stabil. Badan separuh bernyawa.Kepala bagai nak pecah.

Apepun..dua paper iaitu Digital Signal Processing (DSP) ngan Intelligent Control paper dah lepas...alhamdulillah..walaupun masih demam dan makin teruk. =(

Batok tak main2. Abih sakit urat2 dawai dalam badan sebab batok yang bersungguh2. Kawan2..mitak maap la yer kalo batok saya menganggu anda time jawab exam tadi. (Masih ada yang prihatin bertanyakan "Demam ke uda??,,kesian..". Terima kasih teman2. x_x )


Nasib la semangat ader lagi..kalo tak dah lama jadi cenggini ha minggu2 exam nih..mitak jauh..

Nak kene tinggi lagikan semangat. Study process control lak tuk paper 6hb. Fever and cough?? Ignore.

-
-
-

pssst: meh nak gtaw bape bintang saya bagi tuk 2 paper tadi. nilai bintang bermaksud tahap kepayahan dan kesusahan paper tersebut.

DSP - 5 *stars
IC - 4 *stars



 

Template by Best Web Hosting