Pernah dengar penyakit ni? Mungkin sesetengah bagi kita sudah pernah atau biasa mendengarnya. Tapi bagi saya dis is my first time dengar and first time kena. Jom berkenalan serba-sedikit dengan beliau.
Bengkak nodus limfa ini juga dikenali sebagai bengkak kelenjar. Biasanya orang-orang kita hanya memanggil nodus limfa dengan kelenjar. Tak kisahla panggil ape. Kalau nak rasa hebat cket dalam englishnya dipanggil swollen lymph nodes or called as lymph glands.
Nodus limfa adalah sebahagian daripada sistem limfatik iaitu satu komponen dalam sistem pertahanan tubuh dan ia terletak merata-rata dalam badan.hahaha...fail terus ayat bio. Takpe. Cuba memahami juga. Sifat-sifat nodus limfa ini adalah seperti bintilan tisu yang berbentuk macam kacang. Besar mane den tak tahu. Yang den boleh agak-agak and rasa-rasa dalam sebesar ibu jari gitulah.
Camne pulak bengkak nodus limfa itu berlaku?? Okeh...sebenarnya macam ini. Dragon ball ade 8 eh 7 biji semuanya..... Biasanya bengkak itu berlaku bila ada infection pada sistem pertahanan badan. Dalam keadaan biasa nodus limfa tak bengkak..biasa-biasa sahaja saiznya. Dan bila ada infection berlaku, nodus-nodus limfa itu terpaksa melakukan tugas sebagai anggota tentera pertahanan badan secara gila-gila. Mungkin ada yang tercedera ketika perlawanan itu dan ianya pun membengkak. Juga boleh cakap dia dah tak mampu melawan infection itu lalu dia pun membengkak.
Area-area badan yang kita boleh sendiri rasa nodus limfa dengan jari kita adalah pada leher, ketiak ngan celah kaki. Tapi saya kene kat leher. Both side of my neck. Kalau nodus membengkak tapi tak rasa sakit maybe kita wat tak tahu je.
credit source to dis link Ilustrasi gambar adalah untuk tujuan info perubatan. Sila jelas.
Tapi bila dah membengkak dan memberi rasa sakit yang amat kepada anda sila lah berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Sebab nodus tidak hanya membengkak saje-saje...tapi dia datang dengan pakej. Anda akan demam dan sakit kepala yang amat sebab urat-urat kepala dah tertarik sekali. *pandai-pandai sahaja saya menokok tambah. Even saya tarik-tarik rambut macam orang gila pun tidak mengurangkan rasa sakit kepala yang amat. Ada rasa nak hantuk-hantuk kepala kat dinding je. Orang migrain sakit kepala cam tu ehh??
Tapi itu betul..sudahla leher berasa sakit. Kepala pulak sakit tak hengat. Mula-mula saya hanya sedar ada biji besar sikit dari ibu jari muncul di kanan leher bawah telinga. Ingatkan beguk. Tapi hairannnn.....beguk dah pernah kene time kecik-kecik dulu. Tak yah la nak naik 2 3 kali kot. Tanya rumet yang hebak bio walao majornya engine, dia cakap itu bukan beguk. Itu bengkak kalenjar.
*entah bila dah masuk cite pasal diri sendiri nih. tadi kemain cite pasal swollen tu...masalah kendiri betol.hurmm =.='
Saya yang naif dengan ilmu biologi ni hanya mampu tercengang..tak tahu nak caya ke tak cakap rumet. Malam itu dah mula rasa akan demam. Bangun esoknya. Yeayy!! Dah demam pon. Sakit tengkuk makin meronta-ronta. Maka tidolah saya dengan aman hari isnin tersebut dalam keadaan sakit sebab kelas kensel. Cam tahu-tahu saya nak sakit. Tapi sadis...bengkak yang semakin sakit itu tidak membenarkan saya tidur lene atas bantal. Bantal keras barangkali. Terpaksa tidur atas turtle yang lembut lagi comfy. Penyek dah turtle ku. T_T
Di pagi selasa yang tak berape nak hening, bangun tido rasa sebelah kiri leher plak sakit. Gently touch konon-kononya, pastu dapat rasakan biji yang lagi besar dari sebelah kanan. Sakit woo.huk3...Oh lupa. Satu simpton lagi yang tak besh bila kene, internal body akan terasa panas. Cepat berpeluh-peluh. Baca dalam fact pon memang ada simpton ni.
Apakah swollen-swollen ini?? Kenapa dia tumbuh di kiri dan kanan tengkuk saya??sob sob...terus google untuk mendapatkan jawapan. Isshhh....kebanyakkan jawapan scary gitu. Bagi yang tahap swollen lymph grand yang dah teruk. Kemain lagi saya takut. Kanser ke?? Ha...mintak jauh..ma abah tak dek kanser..camne saya boleh ada...berputar-putar soalan dalam kotak mancis eh kotak pikiran saya.
Petang terus g jupe doktor kesayangan ramai, Dr.Yaakob. Speaking 2 3 patah..agak-agak bagi dia paham ada swollen grow at my neck..pain..fever 38.2 Celcius..bla bla bla. Fuhhh...seb baik dia paham. Susah betul doktor tak paham melayu ni. Karang silap info penyakit abih dia bagi salah ubat.huhu... Dan apa yang saya terang kat atas tu la penerangan yang Dr.Yaakob bagi. *memula tak paham dia cakap lymph nodes tu ape. siap suh dia eje satu-satu.kih3
Maka bersambung la siri animasi Huda Makan Antibiotik yang tergendala 3 minggu lepas. Fiuuhhh...lega betol time jupe tu doktor tak tanya antibiotik yang lepas habiskan tak? Kalau saya cakap tak, kompem-kompem kene marah lagi dan akan menjadi penyebab kenapa saya bengkak nodus limfa ni. Fyi, 3 minggu yang lepas adalah kali ketiga saya tak habiskan antibiotik berturut-turut. Saya cuba NAK habiskan...tapi tak mampu... T_T
Sekarang even dah 2 hari amik antibiotik sakit kedua-dua belah leher tak hilang dan bengkak tak surut-surut lagi. Siksa cket time nak menoleh. Kene toleh ngan badan-badan sekali. Time tak ingat pusing jugak kepala ngan leher-leher terus. Pastu ambikla..adoi doi doi...sakitnya.. Tapi takpe asal tak demam tak sakit kepala. Kalo tak lagi azab. Smayang pon takleh sujud lame-lame..abih bace terus bangun. Nak tunduk main-main tak la..rasa sakit macam bijik nodus tu tertarik nak jatuh je. Camtu la gambarannya...huhu.
Nak tahu lebih lanjut mengenai bengkak nodus ni, boleh click sini:
p/s: kita tak kan tahu sakit bagi sesuatu penyakit unless kita dah kena sendiri. kalo kita turut merasa sakit macam orang yang tengah sakit, takdelah kita nak tergelak-gelak hepi sebab kita masih sihat. moralnya, beringat sebelum kena. cegah sebelum rawat. sihat sebelum sakit. =)