Wednesday, 4 January 2012

Hari pertama exam masih demam...

Tak mampu nak taip panjang2. Otak tak stabil. Badan separuh bernyawa.Kepala bagai nak pecah.

Apepun..dua paper iaitu Digital Signal Processing (DSP) ngan Intelligent Control paper dah lepas...alhamdulillah..walaupun masih demam dan makin teruk. =(

Batok tak main2. Abih sakit urat2 dawai dalam badan sebab batok yang bersungguh2. Kawan2..mitak maap la yer kalo batok saya menganggu anda time jawab exam tadi. (Masih ada yang prihatin bertanyakan "Demam ke uda??,,kesian..". Terima kasih teman2. x_x )


Nasib la semangat ader lagi..kalo tak dah lama jadi cenggini ha minggu2 exam nih..mitak jauh..

Nak kene tinggi lagikan semangat. Study process control lak tuk paper 6hb. Fever and cough?? Ignore.

-
-
-

pssst: meh nak gtaw bape bintang saya bagi tuk 2 paper tadi. nilai bintang bermaksud tahap kepayahan dan kesusahan paper tersebut.

DSP - 5 *stars
IC - 4 *stars



Friday, 30 December 2011

Entry Terakhir 2011

Pejam celik tinggal sehari je lagi nak masuk tahun 2012. Rasa kejap sangat masa berlalu...

Rehat jap minda..tunggu subuh. Pastu sambung cket lagi study. Pastu tido. Camni la rutin harian saya dah masuk smiggu lebih jugak la tido pas suboh. Orang cakap tido pas suboh menutup pintu rezeki. Itu betul. Bila saya bangun lambat saya terlepas makan tengahari. Pastu malas nk turun pegi kafe cari makan. Pastu bedal je ape yang ade dalam laci makanan. Pastu berlapar sepanjang masa. Pastu sakit. Kan...boleh tengok kan rezeki lari jauh dari kita bila kita tido pas suboh sampai memudaratkan kita. Sila jangan tiru habit ini ye kanak2! Kakak2 yang sibuk ngan esemen nak2 2 3 ari je lagi nak mencecah final terpaksa melalui habit buruk ini.

Sbenanye ni baru baik dari demam. Naseb baik demam 2 ari je. Tersangat risaw takut demam ni meleret2 sehingga menganggu waktu bersisa yang masih ada tuk study. Padan muke! Sendiri cari penyakit. Sibuk2 ngan esemen ngan projek sempat lagi kuar sampai lewat malam. Sebab tu demam. Lega bila segala esemen dapat disiapkan. Study week bukan masa tuk study tapi masa tuk menyiapkan esemen2 n projek2. Sighh...keje last minute. Biasa la tu...=.='

Sempena entry terakhir saya tuk tahun 2011, nak wish sometin tuk tahun baru nanti. = Semoga saya diberi kesihatan yang berpanjangan untuk tahun depan. Sem ni asyik sakit je..maybe sebab hati lemah tu yang mudah mendapat penyakit. Moga tahun depan sihat sepanjang tahun dan segalanya akan berjalan lancar. (wish mode after baik demam)

Akan berehat dari berblogging. Tak pasti sampai bila. Untuk memberi laluan kepada kefokusan study dan FINAL EXAM yang bermula ari selasa nih. Two killing paper are waiting for me on dat day. Wish me gud luck!


GOOD LUCK TO ALL 

&

 HEPI NEW YEAR 2012

sincere from

~huda sindarela~

Monday, 26 December 2011

Saturday, 24 December 2011

Kesayangan & Kerisauan Abah

Time tulis entry ni, jam kat skrin laptop dah menunjukkan kul 5.36 am. Wat apela saya pagi2 buta tak tido lagi ni..

Bukan tak boleh tido..tapi baru siapkan separuh report lab Process Control. Tinggal result je belom buat lagi. Tunggu file yang member hantar ikut skype dah berjam2 tak dapat. Memang terbaik lah tenet kat uni nih. Memang menguji kesabaran huda sindarela.

Tapi setakat ujian camtu saya tak kisah sangat. Sepatutnya detik ni, tika ni, saya best2 je tido kat katil lam bilik sendiri i mean kat my hometown. Tapi...tsk3..disebabkan bantahan dari abah untuk tidak membenarkan saya balik menumpang kawan, maka terpaksa lah duduk kat uni menghadapi saat2 study week bersama2 assignment yang masih lagi bertimbun2.

Sedih kot tengok orang lain pikul, heret dan galas beg balik kampung. Sob sob sob. Kesat2 air mata. Ehh..ni kejadian semalam. Skang mana ade nangis dah. Tak tahu la kenapa cepat sangat tacing skang. Tak leh balik kampung pon jadik tacing yang amat. Padahal awak tu dah tahun akhir cik huda ooii. huhu...Yang ni memang menguji kesabaran dan kekuatan hati.

Tadi ma tepon lagi sekali. Risau la tuh. Takut anak kebongsuan dan kesayangan mereka frust menunggeng bila abah tak bagi balik. Abah dah kuarkan rule yang tak sapa2 boleh calen dah. Even ma pujok abah suh benarkan saya balik tumpang member pon tak berjaya. Teeheehee..tadi ma explen panjang lebar nak redakan kesedihan hati anaknye inih.huhu

Ma cakap yang ni abah sayang lebeh.kui3...ye ke ma?? Tibe2 ilang rasa sedeh tadi. Ma cakap lagi abah risaw..jauh nak drive nak2 kami dua orang je pastu perempuan pulak. Kalo ada apa2 berlaku kat tengah2 jalan tu sapa yang susah. Bila pikir2 betul je komentar abah tu. Tapi disebabkan kerinduan melampau terhadap ma ngan abah tambah2 rindu menggila kat baby imani lagi la wat saya nak balik sungguh2. Even dah tahu dari dulu lagi abah memang tak bagi kalo nak tumpang orang tak kisahla balik kampung atau time nak balik u. Tapi disebabkan ada jugak darah degil yang diwarisi (huk3), try gak convince ma suh pujok abah. Last2 tewas jugak. Abah cakap nak balik ngan BAS. Titik. Oke...

agak2..kalo dah pandai kete nanti abah bagi tak bawak kete nih. i bet, abah akan jawab NO! =.='


abah lagi rela camni....

nampak tak abah dalam kete tu?? haa..dia sanggup pegi antar pegi amik kalo saya nak kua mana2. sighh...bistu bile anak abah nak independentnye. esok2 saya dah keje insyaAllah akan ada kete sendri. ye tak?

Hurmm..takpe lah abah. Tak mo wat abah risaw. Saya akur duk kat sini je time study week ni. T______T


Friday, 23 December 2011

Cinta Dalam Diam


Best ke cinta dalam diam?
Kalau tanya soalan camni mesti takde orang jawab.
Ok. Ok. Ejas cket soalan bia sedap and bersesuaian cket didengar.


 credit pic to google


Perit tak cinta dalam diam?
Sakit tak cinta dalam diam?
Apa rasa cinta dalam diam?
Kenapa memilih tuk mencintai dalam diam?

Soalan2 camni bukan aneh bagi sesetengah orang.
Tak aneh bagi mereka yang merasai.
Tak asing bagi mereka yang memendam perasaan.
Tak pelik bagi mereka yang berani menanggungnya.

Kalau ada pilihan,
Nak ke cinta dalam diam?
Mesti tak nak kan.
Dah tu kenapa pilih cinta camni?
Ada la sebabnya.

Sebab apa?
Sebab tak mampu.
Kenapa tak mampu?
Tahu tak setaraf dengan dia.
Mana tahu tak setaraf?
Dia ramai kawan.
Tak kan dia sedar kewujudan kita.

Susah.
Susah kalau macam ni.
Dah tu sampai bila nak hidup dalam bayang2?
Sampai bila-bila.

Tak takut ke?
Kenapa nak takut?

Takut bila dah tahu kebenaran.
Kebenaran bahawasanya dia tak kan menjadi milik kamu.
Sampai tahap tu diri sendiri akan merasa sakit.
Sampai tahap tu diri sendiri akan merasa perit.
Sampai satu tahap kamu tak mampu lagi tuk berdiri.

Apa bezanya dengan sekarang?
Sekarang pun sakit.
Sekarang pun pedih.
Sekarang pun perit.
Jadi mungkin tak kan ada apa2 bila dah tahu kebenaran nanti.

Degil.
Pasti ke tak kan ada apa2?
Tak ke lagi rasa batu menghempap kepala?
Tak ke lagi rasa hati bagai disiat2?
Tak ke lagi rasa separuh jiwa pergi bersamanya?

Tak!

Degil untuk kedua kali.
Kalau tak jawapannya,
Kenapa ada ‘Mungkin’ dalam jawapan?

Saja.

Enough.
Berhenti cinta dalam diam.
Berhenti sakitkan diri sendiri.
Berhenti seksa hati dan jiwa.
Berhenti segalanya.

Hidup secara normal.
Tak perlu mencintai orang yang tak pasti.
Tak perlu menunggu orang yang tak kan tiba.
Tak perlu menoleh untuk yang tiada.

Hanya percaya
Bahawasanya
Satu saat nanti
Pasti akan tiba
Pasti akan muncul
Insan yang benar2 ditakdirkan bersama mu.
Insan yang benar2 menyayangi mu.
Insan yang benar2 mencintai mu sepenuh hati.

Lepas tu
Ucapkan selamat tinggal.
Selamat Tinggal Cinta Dalam Diam.


 credit pic to google



..............................................................................................................................

That Woman


One woman who loves u
That woman loves u wholeheartedly
She follows u around like a shadow
That woman is laughing while crying

Just how
How much more do I have to gaze at u alone??
This love that came like the wind
This love like a beggar

If I continue this way
Will u love me??
Just come a little nearer
A little more

But
If I take one step closer to u
Then u take two steps back
I am who love u next to u now
That woman is crying

That woman now is very careful
To start learning a method of smile
Even can not talk with to her best friend
To hide her feeling inside
The woman’s heart is always crying

But
That woman is loving u
Such a fool!
Because it is such a fool
Can u hug me for a once?

I also want to be loved
Day by day in my heart
Only in my heart
Just like this calling u
That woman is still in ur side

That woman
Is me
Do u know??
Or u know it
But still act this??
U really do not know
Because u r a big fool

That woman who always waiting for such a fool love...

 credit pic to google


Sunday, 18 December 2011

Makan Free: BBQ Kem Voltage 2011

Hoho..petang tadi dimurahkan rezeki oleh Nya untuk makan free lagi. Suke2 =)

Bbq tadi bertempat di tepi pantai kat Tanjung Selangor tak jauh dari kampus kiteorang. Tapi yang terbaek adalah angin petang tadi boleh mencecah 300km/j dah. Ngan badan tak cukup saiz ni saya rasa dah hampir2 nak terbang. Naseb baik la diorang pandai hidupkan api tuk sesi bakar-membakar tadi. Memang kat situ tempat orang wat bbq, so dah ade tapak, i mean lubang untuk hidupkan api. Senang la cket incase angin bertiup kencang macam petang tadi tuh.

Sebenarnya bbq nih diadakan untuk meraikan kejayaan Kem Voltage 2011 yang diadakan tuk adek2 junior sebagai pendedahan kepada diorang untuk menggalas jawatan2 dalam persatuan EEES. Dah lama dah pon kem ni berlalu..sem lepas agi. Tapi bbq tuk para ajk baru nak buat sebab after bendehari wat calculation ade lebihan bajet. So, leh la anjurkan bbq kecil-kecilan ini...ape pon syukur oke. Makan free sape tak suke.

Meh tengok pic2 sekitar bbq tadi..

kat ostel lagi nih..tunggu diorang jemput. kami yang tak berkenderaan nih mampu menumpang je la..huk3. sedeh.

sampai2 je kene wat air. tapi diorang tipu nih..air dah siap baru nak suh snap pic. sebab tu la farah tuang kordial tak bukak penutup.kekeke..blakon sangat nih.

bertungkus-lumus betul dak2 laki dok bakar-membakar. bagus2. diorang bakar..dak2 popuan tunggu and makan je..hehehe

saya pon nak menyibuk gak.


menu bbq kami petang tadi adalah: ayam bakar, sosej bakar, nasi goreng, tembikai as desert and blackcurrent jus. Simple tapi sedap.

saya makan sampai kenyang tahap 5. abih 3 ketul ayam. 3 sosej. tembikai tak sempat nak kira bape slice abih. air due cawan.teeheehee...berbaloi2 datang ngan perut kosong balik dengan over load kapasiti.huhu

Sekian sahajalah kenang-kenangan sekitar majlis bbq tadi.Tak sabar nak tunggu bbq after final exam ngan klasmet2 kat cerating nanti.huhu


 

Template by Best Web Hosting