Friday 24 February 2012

Kisah Aku, Dia & Maggi

Before memulakan entry dengan lebih lanjut..ada tiga greetings yang saya nak wishkan untuk diri sendiri..

TAHNIAH!
SYABAS!!
PADAN MUKA!!!

Haa...amek la wish yang ikhlas lagi mendalam dari saya untuk saya.kikiki..
Nak tahu sebab apa?
Nampak tak tajuk entry kat atas tu??
Kisah aku, dia dan maggi.

Bukan cerita cinta ye..bukan jugak cerita drama bersiri...bukan jugak tajuk novel.
Huh...mengeluh cket. =.='
Sape plak "Dia" tu..? Malaun ke lanun?
Huh...ni nak habaq mai..geram sungguh ngan "Dia" ni...
Geram yang amat...ggrrrr *ketap-ketap gigi
-
-
-
Al-kisahnya macam ni....Dah lama saya perhatikan...asal je saya makan megi mesti jerawat tumbuh keesokan atau kelusaan harinya. Iya. Memang benar! Bukan cerita tipu..ini betul2 berlaku ke atas diri ini. Memangla muka saya ini tidak licin seperti FAZURA, jugak tak flawless macam DIA, dan ofkos la tak cantek macam kulit muka ANDA yang sedang membaca entry ni. Tapi yang hairannya bila makan megi je otomotik esok tak pun lusanya akan berduyun-duyun jerawat tumbuh kat muka ni. Apa dia ingat muka saya ni tanah gambut ke main sedap je dia nak tumbuh.

Gggrrrrr...geram yang amat lagi ni. *Sabar...sabar...baiklah. Nak mengesahkan lagi kesahihan kajian saya ni..malam kelmarin dolu saya makan la megi disebabkan kelaparan yang amat after balik kelas malam iaitu kelas techno. Satu kelemahan saya atau sebetulnya tabiat buruk yang ada dalam diri saya adalah cepat lupa diri.hihihi... After period time hari tu..kulit muka cam dah oke...jerawat pon dah lama tak menumboh. Pikir setakat makan sebungkus je megi tak sempat kot jerawat nak tumbuh.

Ha..nah! Ambikk ko..bangun je pagi semalam berderet-deret jejawat jerawat mula menunjukkan diri tanpa segan silu. Ada tiga bijik belah pipi kiri..dua bijik pipi kanan, pastu berbijik-bijik lagi kat atas dahi. Wakaka...dalam geram ni sempat lagi saya gelakkan tuk diri sendiri. Syabas mere bette! Anda berjaya menternak jerawat.

Then...seperti orang mengalah mengangkat bendera putih...saya isytiharkan kalah berperang dengan emosi bila jerawat timbul bagai cendawan tumbuh selapas hujan. Nak jadikan cerite la..hari ni takde kelas. Memang hari khamis jadual saya empty pon. *kalau nak ajak date bole ajak saya kuar ari khamis. kalo tak nak sudah. Dan disebabkan jejawat yang tak mengenang jasa ni..abih hilang mood saya pada hari yang bahgia ini. Sampai nak kuar daripada bilik pon enggak mahu. Paling kesian saya tahan je lapar sebab malas nak pegi kafe. Sebab apa? Sebab JEJAWAT ni la.huh!

Sob-sob-sob...orang hungry menangis! Tapi kan...bak kata pepatah, alang-alang seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Ye dokk pepatah ni?? Abaikan kalo salah. Setengah hari bleh la perot ni tahan..masuk petang dah macam ayam berak kapur dah saya ni. Hehehe..dan lepas maghrib tadi..dah tak tahan sangat saya memulakan operasi. Isi air RO dalam kettle, jerang air tersebut, kriuk-kriukan megi (i mean patah-patahkan) dan masukkan dalam bekas. Jirus megi dengan air panas menggelegak dan tunggu 2 3 minit. Then....BAHAM LAGI MAGGI UNTUK KESEKIAN KALINYA....HAHAHAHA. Gelak-gelak devil! Makan tanpa memikirkan jejawat bakal tumbuh dan tumbuh dan tumbuh lagi untuk esok harinya....

Sigghhh.....ini lah saya... Tak pernah nak serik even tahu risikonya bila makan megi. Alah...orang memang dah tak cantek...wat ape pon tak cantek gak.kui3...*jangan tiru ini ya. Memangla...tapi kata orang baik mencegah dari merawat. Baik pantang makan megi daripada seksa bila tahu jejawat tumbuh macam cendawan nih. 

Okeylah...dah mula ada kesedaran sikit-sikit ni.. Tapi tetap musykil...nape saya alah dengan megi ye?? Padahal megi itu sedap! Tengok-tengok gak apa isi kandungan megi ruski yang saya makan tu..belek punya belek rasa-rasanya perencah udang punca masalah jejawat tu. Setahu saya perencah megi akan menggunakan udang kering. Dan udang kering amatlah tidak bagus untuk resdung. *saya ada resdung. Tapi udang segar pon saya makan je. Kekadang naik je jerawat bila makan..kekadang tak. Tapi kalo megi memang takleh consider. Esok terus dia tumbuh! Satu bahan lagi iaitu megi mengandungi bahan MSG. Apa dia MSG tu google sendiri. Tapi banyak fakta menunjukkan bahan MSG amatlah bahaya tuk kesihatan. Boleh mendatangkan macam-macam penyakit.

Ishhh...bila dah tahu fakta nih takut la pulak nak meneruskan tabiat makan megi. Tapiii...erkkk...megi tiga bungkus lagi tu nak tohok *buang mane kalau saya benti makan megi tang-tang ni jugak???hihihi...



psssttt : Perasan atau tidak...jerawat dah bertukar jejawat di pertengahan cerita. Taip sambil geram memang jadik typo.hahaha




0 comments:

Post a Comment

 

Template by Best Web Hosting