Sunday 26 February 2012

Budak Tak Cukup Inci dan Kebaya

Dok godek-godek gambar-gambar lame, takde la lama sangat...tahun lepas dan tahun-tahun selepas punya gambar. Pastu tetiba cam nak wat entry sal baju kurung kebaya dan si pemakainya yang memangla tak cukup inci dan tak berape nak sedar diri.hee... Beliau langsung tidak mengendahkan pepatah 'ukurlah baju di badan sendiri'. Tak tahu la pulakkan kot-kot memang beliau tak pernah skolah dolu atau cikgu tak sempat ajar peribahasa ni. Ce tengok nih...



Hahaha....huda sindarela pakai kebaya. Peewwit!

See...tak sesuai sangatkan saya pakai kebaya. Orang tak cukup inci a.k.a rendang a.k.a pendek bahasa tak sedapnya *hihi tak ngaku pendek macam saya ni memang nampak pelik kalau pakai kebaya. Buat baju ni masa raya dua tahun lepas. Saje je buat..sebab dah boring sangat pakai baju kurung biasa dan baju kurung moden. Konon-konon nak ubah selera cket tahun tu. Nak bagi ada koleksi kebaya la bajetnye. So reserve la satu pasang baju wat kebaya tuk tahun tersebut. Tapi tak sempat pakai pon time raya tu..pakai baju lain. Postpone plak pakai untuk raya haji pastu. Then bila pakai rasa macam tak yakin yang amat je....huhu. Maka duduk je lah baju tu dalam almari kat umah...

Pastu tahun lepas tergerak ati nak bawak pakai pegi kuliah. Tapi empat puloh juta kali pikir nak pakai kebaya pegi kuliah. Karang orang ingat huda buang tabiat ape. Sebab i'm very-very da simple person bila pergi kelas.hahaha...nak-nak bila anda berada atau belajar di UMP, kalo anda pakai jangok-jangok (melaram) cket pegi kelas memang anda akan mencuri perhatian mata-mata sekeliling. Sebab apa budak engineering memang tak hadoo lah nak melaram bagai pegi kelas.heehee..kalau anda pakai jugak boleh apply tukar u..hihihi. Sudahnya baju ni terkurung satu sem dalam loker hostel...huhu. Oh ye..tapi lately ni adek-adek junior memang hebat berfesyen pegi kuliah. Toksah cakap kebaya, dress nak pegi dinner pon hadoo.heee...tabik spring tuk adek-adek. =)



Yang ni pon reda je pakai sebab nak pergi kenduri kahwin klasmet. Pernah letak gambar yang sorang-sorang kat atas tu jadi dp fesbuk...laju je member komen "..tak nampak tinggi pon..".hahaha...memang nak kene betol member saya yang tu sowang. Seb baik beliau adalah lelaki dan berganda-ganda besarnya daripada saya. Kalau tak dah lama den tibai jari beliau sebab berani mengomen sedemikian. Lagi la luntur semangat hamba untuk terus memakai kebaya...hahahaha. Sadis!

Kesimpulannya...baju tu dua kali je saya pakai selama riwayatnya yang dah masuk tiga tahun ni...huhu. Tak mo dah wat baju kebaya pasni. Tak pakai pon. Baiklah stay ngan baju kurung moden kalau nak rasa berfesyen cket pon.

Tapi.....bila saya godek lagi pic-pic lame saya...rupa-rupanya dari zaman matrik lagi iaitu lebih kurang lima tahun lepas saya dah mula berjinak-jinak pakai kebaya ni....hiiii...nak tengok...nih dia.


*gambar blur pakai henpon cikai je time matrik

Kahkahkah...salina cakap macam zaiton sameon. =.= ...baiklah. Saya akur saya memang tak sesuai pakai kebaya, kebuya or kebuyi wat-so-ever. Tapi ni baju pinjam je...baju kakak saya..hihi..untung ada saiz dekat-dekat nih. Pinjam wat melaram time dinner matrik...huhu.


In conclusion, I'M NOT KEBAYA WEARER!!



psssttt : leh je pakai kebaya...kene beli kasut lima inci baru nampak tinggi.kui3



0 comments:

Post a Comment

 

Template by Best Web Hosting