Thursday 9 February 2012

Sem Baru Sem Akhir


Aduusss...rasa cepat betol masa bergerak. Macam bullet train pon ada. Rasa baru je jadik adek2 junior. Fresh lagi dalam kepala ni sweetnye jadik junior.kih3...tapi pejam celik tido makan bangun berak alih-alih dah nak masuk sem akhir dah pon. Tinggal bebrape hari je lagik nak start sem baru iaitu sem ke-LAPAN atau dalam bentuk angkanya 8.

Diam tak diam huda sindarela ni dah empat tahun dok kat university dengan gelaran mahasiswa konon2nya. Tapi apa sumbangan kat university pon tak tahu.sob3..sedeh!

Apa rasa nak masuk sem baru a.k.a sem-sem terakhir seorang senior ye??

Pergghhh..soalan. Ofkos la senior jawab hepi go lucky sebab pasni dah tak payah susah2 nak blaja! Pasni hijau2 dah boleh rasa generate duit poket sendiri. Salah jawapannya!

Tu jawapan kalo tanya bila senior bila dah grade seksok. Jawapan skang adalah KECUT PERUT DUSSS!

Biasa bila dah masuk sem akhir ni kekuatan mental kena strong melebihi segala-galanya. Kalo mental tak kuat otomatik fizikal k.o. Ini betul okeh. Ikut pengalaman sem lepas2 yang mencabar tercabar dan dicabar. Sem akhir ni lagi la. Sem yang MENYERABUTKAN KEPALA HOTAK SENIOR2 YOPP.

Sebab musabab yang paling utama adalah projek tahun akhir. Kalo lah saya ada mesin masa macam doremon ada  tu..nak aja time isi2 borang pilih kurusus dulu amik journalisme. Baru lah saya akan memakai spek tebal menelaah journal2 untuk menulis seterusnya menaip tesis journal yang bermuka buku surat empat puluh lima ratus ribu enam riban dua puluh tiga daripada membuat hardware dan software yang begitu tidak dapat dicerna oleh system neuron seorang huda sindarela. Fullstop. *panjang gedabak ayat. 

Tapi dalam dunia nyata lagi indah ni mana wujud mesin masa semua tu. Nak tak nak memang kene harungi sem yang mendebarkan ni dengan hati yang tabah.huhu...pliz pliz pliz...final sem be nice to me yerpp..~

Kalo diizin oleh Nya maka sem akhir ni akan berakhir sekitar Jun depan. Harap semuanya akan berjalan dengan lancar dan takde lah nak tergelincir ke jatuh longkang ke. Tak nak semua itu! Saya mahu grad on time!!

Harapan untuk sem baru.....pertama-tamanya semoga projek tahun akhir saya akan berjalan dengan lancar dan sukses. Pastu semoga otak senang mencerna subjek2 dan pelajaran2 baru sem ini....amin. Doa dari ibu adalah penting. Dan doa daripada anda-anda semua adalah sangat dihargai. Cayok2 NURUL HUDA!!



psssstttt: entry pas tengok result sem lepas.hew3... >.< *muka separa kelat sebab tak taw harus hepi atau sedih dengan result itu.huk3


0 comments:

Post a Comment

 

Template by Best Web Hosting