Thursday, 1 March 2012

Bengkak Nodus Limfa

Pernah dengar penyakit ni? Mungkin sesetengah bagi kita sudah pernah atau biasa mendengarnya. Tapi bagi saya dis is my first time dengar and first time kena. Jom berkenalan serba-sedikit dengan beliau.

Bengkak nodus limfa ini juga dikenali sebagai bengkak kelenjar. Biasanya orang-orang kita hanya memanggil nodus limfa dengan kelenjar. Tak kisahla panggil ape. Kalau nak rasa hebat cket dalam englishnya dipanggil swollen lymph nodes or called as lymph glands.

Nodus limfa adalah sebahagian daripada sistem limfatik iaitu satu komponen dalam sistem pertahanan tubuh dan ia terletak merata-rata dalam badan.hahaha...fail terus ayat bio. Takpe. Cuba memahami juga. Sifat-sifat nodus limfa ini adalah seperti bintilan tisu yang berbentuk macam kacang. Besar mane den tak tahu. Yang den boleh agak-agak and rasa-rasa dalam sebesar ibu jari gitulah.

Camne pulak bengkak nodus limfa itu berlaku?? Okeh...sebenarnya macam ini. Dragon ball ade 8 eh 7 biji semuanya..... Biasanya bengkak itu berlaku bila ada infection pada sistem pertahanan badan. Dalam keadaan biasa nodus limfa tak bengkak..biasa-biasa sahaja saiznya. Dan bila ada  infection berlaku, nodus-nodus limfa itu terpaksa melakukan tugas sebagai anggota tentera pertahanan badan secara gila-gila. Mungkin ada yang tercedera ketika perlawanan itu dan ianya pun membengkak. Juga boleh cakap dia dah tak mampu melawan infection itu lalu dia pun membengkak.

Area-area badan yang kita boleh sendiri rasa nodus limfa dengan jari kita adalah pada leher, ketiak ngan celah kaki. Tapi saya kene kat leher. Both side of my neck. Kalau nodus membengkak tapi tak rasa sakit maybe kita wat tak tahu je. 

credit source to dis link
Ilustrasi gambar adalah untuk tujuan info perubatan. Sila jelas. 


Tapi bila dah membengkak dan memberi rasa sakit yang amat kepada anda sila lah berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Sebab nodus tidak hanya membengkak saje-saje...tapi dia datang dengan pakej. Anda akan demam dan sakit kepala yang amat sebab urat-urat kepala dah tertarik sekali. *pandai-pandai sahaja saya menokok tambah. Even saya tarik-tarik rambut macam orang gila pun tidak mengurangkan rasa sakit kepala yang amat. Ada rasa nak hantuk-hantuk kepala kat dinding je. Orang migrain sakit kepala cam tu ehh??

Tapi itu betul..sudahla leher berasa sakit. Kepala pulak sakit tak hengat. Mula-mula saya hanya sedar ada biji besar sikit dari ibu jari muncul di kanan leher bawah telinga. Ingatkan beguk. Tapi hairannnn.....beguk dah pernah kene time kecik-kecik dulu. Tak yah la nak naik 2 3 kali kot. Tanya rumet yang hebak bio walao majornya engine, dia cakap itu bukan beguk. Itu bengkak kalenjar.


*entah bila dah masuk cite pasal diri sendiri nih. tadi kemain cite pasal swollen tu...masalah kendiri betol.hurmm =.='


Saya yang naif dengan ilmu biologi ni hanya mampu tercengang..tak tahu nak caya ke tak cakap rumet. Malam itu dah mula rasa akan demam. Bangun esoknya. Yeayy!! Dah demam pon. Sakit tengkuk makin meronta-ronta. Maka tidolah saya dengan aman hari isnin tersebut dalam keadaan sakit sebab kelas kensel. Cam tahu-tahu saya nak sakit. Tapi sadis...bengkak yang semakin sakit itu tidak membenarkan saya tidur lene atas bantal. Bantal keras barangkali. Terpaksa tidur atas turtle yang lembut lagi comfy. Penyek dah turtle ku. T_T

Di pagi selasa yang tak berape nak hening, bangun tido rasa sebelah kiri leher plak sakit. Gently touch konon-kononya, pastu dapat rasakan biji yang lagi besar dari sebelah kanan. Sakit woo.huk3...Oh lupa. Satu simpton lagi yang tak besh bila kene, internal body akan terasa panas. Cepat berpeluh-peluh. Baca dalam fact  pon memang ada simpton ni.

Apakah swollen-swollen ini?? Kenapa dia tumbuh di kiri dan kanan tengkuk saya??sob sob...terus google untuk mendapatkan jawapan. Isshhh....kebanyakkan jawapan scary gitu. Bagi yang tahap swollen lymph grand yang dah teruk. Kemain lagi saya takut. Kanser ke?? Ha...mintak jauh..ma abah tak dek kanser..camne saya boleh ada...berputar-putar soalan dalam kotak mancis eh kotak pikiran saya.

Petang terus g jupe doktor kesayangan ramai, Dr.Yaakob. Speaking 2 3 patah..agak-agak bagi dia paham ada swollen grow at my neck..pain..fever 38.2 Celcius..bla bla bla. Fuhhh...seb baik dia paham. Susah betul doktor tak paham melayu ni. Karang silap info penyakit abih dia bagi salah ubat.huhu... Dan apa yang saya terang kat atas tu la penerangan yang Dr.Yaakob bagi. *memula tak paham dia cakap lymph nodes tu ape. siap suh dia eje satu-satu.kih3

Maka bersambung la siri animasi Huda Makan Antibiotik yang tergendala 3 minggu lepas. Fiuuhhh...lega betol time jupe tu doktor tak tanya antibiotik yang lepas habiskan tak? Kalau saya cakap tak, kompem-kompem kene marah lagi dan akan menjadi penyebab kenapa saya bengkak nodus limfa ni. Fyi, 3 minggu yang lepas adalah kali ketiga saya tak habiskan antibiotik berturut-turut. Saya cuba NAK habiskan...tapi tak mampu... T_T

Sekarang even dah 2 hari amik antibiotik sakit kedua-dua belah leher tak hilang dan bengkak tak surut-surut lagi. Siksa cket time nak menoleh. Kene toleh ngan badan-badan sekali. Time tak ingat pusing jugak kepala ngan leher-leher terus. Pastu ambikla..adoi doi doi...sakitnya.. Tapi takpe asal tak demam tak sakit kepala. Kalo tak lagi azab. Smayang pon takleh sujud lame-lame..abih bace terus bangun. Nak tunduk main-main tak la..rasa sakit macam bijik nodus tu tertarik nak jatuh je. Camtu la gambarannya...huhu.

Nak tahu lebih lanjut mengenai bengkak nodus ni, boleh click sini:




p/s: kita tak kan tahu sakit bagi sesuatu penyakit unless kita dah kena sendiri. kalo kita turut merasa sakit macam orang yang tengah sakit, takdelah kita nak tergelak-gelak hepi sebab kita masih sihat. moralnya, beringat sebelum kena. cegah sebelum rawat. sihat sebelum sakit. =) 


29 comments:

nad said...

i kena sakit ni jugak, doctor tros bg refernce letter cek kt hospital. u x g hosp ke? skg da ok?

Shin Ah Ra said...

Boleh bg info lg tak? Mcm mana nak rawat? Ada pantang larang? Plss reply

Huda Sindarela said...

nad: sy x pegi hosp pon..pegi klinik kt kolej je..doc juz bg antibiotik je time tu. alhamdulillah after betul2 abih mkan antibiotk hari tu dh oke..skg pon dh oke xde naik balik dh lymph node tu.

Huda Sindarela said...

Shin Ah Ra: try click link yg sy bg kt entry..boleh tahu lebih lanjut lagi kat situ. sy xde pantang larang..juz rest and ambil antiobiotik..but make sure jumpe doc la lagi better terus dpt tahu =)

Megajaya Scale said...
This comment has been removed by the author.
Megajaya Scale said...

Aih. Mcm aku je.. ambik engineering tp suka biology..haha.. tp nodes ni jgn bimbang la.. kalo xmkn antibiotik pon dia akan surut jugak. Cuma lambat sikit..sbb bgkak ade kuman2 masuk. So nodes ni la sbgai pakgad di setiap pintu masuk, serang abes abesan... heee

Fatimah Bt Tony said...

kalau dulu, tengok orang sakit bengkak leher, tak de rasa takut sangat. tp, sejak sy pernah bc yg sakit ni ada juga kaitan dengan kanser, terus jd lebih alert pulak.

Ainol Athirah said...

saya pun skrg tgh sakit mcmni. nak tanya, benda ni berbahaya sngt tak kalau tak sembuh2 after seminggu? sbb risauuuuuu :( plss replyyyyy

purplelicious said...

Saya pn kena cmni gak. Since last month n doctor bg refer letter ke HSB. Doc suspect tibi kelenjar coz dh makan antibiotik tp cenggitu gak. So buat la segala hape blood test.. masih menunggu result yg akan keluar next month (saje suruh doc review result next month sbb malas nak tau) hehe. Byk kemungkinan bengkak2 ni. Mungkin bengkak biasa yg boleh surut or bengkak luar biasa yg tak surut2. Before ni ada buat blood test (nama dia ESR) utk ukur the degree of inflammation dlm bdn kite and result showed mmg inflammation tinggi dlm my body. Disebabkan ESR value yg tinggi ni doc terus suruh buat lain2 blood test (FBC, LFT, TFT, HEP B, c3, c4 and lain2) Nasib baik dulu amek kos bio, boleh la faham bile ckp2 ngan doc tu kan. Huhu. And hari tu last appointment doc ada ckp kalau bukan tibi kelenjar maybe lymphoma. So, sesiapa kalau ada mcm bengkak2 yg macam tak sure kt leher, ketiak, celah peha, belakang kepala tu.. jangan malu2 pegi klinik / hosp. Takut2 bhy pulak nnti. Cegah sebelum parah ye. Peace no war ;-)

Ayu Syahierah said...

salam... nad.. saya mcm awk.. skrg nie masih sakit..mula kecil je kt leher.. tibe2 besar ibu jari..last muncul kt bawah leher... huu jmp doc bg antibiotik..mula2 hbis la mkn.. tp x surut jgak... 2,3 doc jgak la jmp.. bg ubt yg sme.. last2 jd mals nk mkn ubt... hope penyakit nie cpat smbuh... sdih tgk leher ada benjolan2 nie..

Shahirah Liyana said...

saya 13 tahun ada biji kat leher kanan says :( baru first time saya kene seblom ni x penah pon tgk orng Ada biji ke apa bila dpt tahu ada biji Kat leher saya saya terus tertanya tanya apebende nikan ?? saya searchlah dkt Google "biji di dlam leher" saya pon baca saya takut sbb bnyk kes kanserlah bengaklah saya takut huhuh apa saya patut buat sbb baru dua hari saya kene :(

Shahirah Liyana said...

saya 13 tahun ada biji kat leher kanan says :( baru first time saya kene seblom ni x penah pon tgk orng Ada biji ke apa bila dpt tahu ada biji Kat leher saya saya terus tertanya tanya apebende nikan ?? saya searchlah dkt Google "biji di dlam leher" saya pon baca saya takut sbb bnyk kes kanserlah bengaklah saya takut huhuh apa saya patut buat sbb baru dua hari saya kene :(

Wardatul Iman said...

Saya pun ada..sdg jd di ketiak..tp sllu kalau jd msti surut balik...tp takut juga....:(

Gedung Sinar Sihat said...
This comment has been removed by the author.
Gedung Sinar Sihat said...

tq for the info.kadang kala ada yang malu nak bg tahu org dan malas nak gie klinik...huhuhuhu..

suhaila Johar said...

My sister in law bru je operate kelenjar ni n dia ade kanser limfoma thp 4 dah..mmg perlu checkup details kalau sakit

suhaila Johar said...

My sister in law bru je operate kelenjar ni n dia ade kanser limfoma thp 4 dah..mmg perlu checkup details kalau sakit

suhaila Johar said...

My sister in law bru je operate kelenjar ni n dia ade kanser limfoma thp 4 dah..mmg perlu checkup details kalau sakit

jessica arponcia said...

sekarang macanmana dah sihat tak.sy kene juga buat ct scan doc cakap limfa dia suh buat bedah tapi sy takot.awak dah hilang tak?

jessica arponcia said...

yekeeee.... sakit tak limfa tu pad mulanya.sy tk sakit.doc pon x dpt pastikan sama ada kanser atau ketumbuhan biasa

jessica arponcia said...

macamman keadaan sis awak...sy ada juga benjolan tp peliknya x skit.tp cuma x selesa ja.

jessica arponcia said...

macamman keadaan sis awak...sy ada juga benjolan tp peliknya x skit.tp cuma x selesa ja.

jessica arponcia said...

yekeeee.... sakit tak limfa tu pad mulanya.sy tk sakit.doc pon x dpt pastikan sama ada kanser atau ketumbuhan biasa

jessica arponcia said...

sekarang macanmana dah sihat tak.sy kene juga buat ct scan doc cakap limfa dia suh buat bedah tapi sy takot.awak dah hilang tak?

jessica arponcia said...

sekarang macanmana dah sihat tak.sy kene juga buat ct scan doc cakap limfa dia suh buat bedah tapi sy takot.awak dah hilang tak?

Missnana 152 said...

Sy pun baru kene penyakit kelenjar bengkak ni..walaupun sebelah je tp still sakit especially bile nk dongak or pusing..skrg ni doctor bg ubat tahan sakit, ubat jangkitan kuman and antibiotic. Air garam mmg dye suh buat sendiri kumur2. Dpt penyakit ni dari radang tekak.. (Bkn tonsil) skrg ni cuma doa agar sembuh..amiin :)

Norzeela Abdul Wahab said...

Kalau kelenjar tu bengkakdan sakit bile time dekat nak period pastu muke start naik jerawat tu kire penyakit yg same tak?

Norzeela Abdul Wahab said...

Kalau kelenjar tu bengkakdan sakit bile time dekat nak period pastu muke start naik jerawat tu kire penyakit yg same tak?

Muhamad Fikri Zaini said...

Assalammualaikum saudari Huda. Saya Fikri. Saya sekarang tengah mengalami bengkak kelenjar di bahagian kiri leher dan benjolan di belakang bawah kepala. Tiap2 malam saya rasa sakit kepala meskipun saya dah telan ubat Antibiotik selama 1 hari. Saya dah berjumpa dengan doktor dan doktor berikan saya ubat Antibiotik tu. Agak2nya bila benjolan ni akan susut dan hilang yer? Atau kena buat surgery utk keluarkan benjolan tu??

Post a Comment

 

Template by Best Web Hosting