Sunday 4 December 2011

CURANG!!!

Nah..highlight besar2 tajuk ni sebab apa, saya mengaku saya seorang yang CURANG! lai lai lai~

Tak malu ke reveal sisi buruk anda sendiri?? Nak malu wat apa kalau curang kita tu bersebab, ye dop?? Orang yang kahwin berdekad2, orang yang berchenta bertahun2, orang yang berjanji berbulan2, semua tu boleh jadi curang taw. Hanya dengan satu sebab munasabah, orang2 begini akan memnunjukkan sisi kecurangan mereka tidak kira lah samada secara sembunyik2 atau terang-terangan.

Tapi...apa yang saya nak bagitahu kat sini curang saya ni bukan curang pasangan suami isteri kerana sangat tidak munasabah sekali kerana saya tidak pernah sekali2 berkahwin samada kahwin olok2 mahupun kahwin gantung. Bukan juga curang kepada pasangan kekasih kerana saya sendiri tidak pasti bila akan terjadi kewujudan kekaseh2 saya ini kerana mereka belum lagi ditemui di muka bumi ini dan mungkin juga sekarang berada di Korea dan dua kali mungkin akan datang ke Malaysia untuk mencari mrs.right dia iaitu saya. Oh, ini kisah dongeng sahaja.

Saya sebenarnya telah berlaku curang kepada blog tersayang Enough IS Enough saya je!!teeheehee....sapa suh tenet takde sampai sehari lebih. SUFFOCATE sangat hidup bila tak de tenet dan tak leh bukak blog.kui3..extreme sangat impak tak de tenet dengan kehidupan saya ni sejak bergelar blogger sembunyik2 ni.hahahaha...pastu nak taw saya curang dengan sapa?? Lelaki ini......

 -
-
-
-
-
-
-
-


dengan........RUNNING MAN!!!! hihihihi....

Berebut2 idea dalam otak nak keluar untuk dicurahkan ke ladang gandum, eh bukan, ke blog Enough IS Enough ni sampaikan ada yang telah mati syahid kerana berlaku rusuhan ketika berhimpit dalam otak untuk keluar menjadi sebuah entry. Tapi sayang....perjalanan idea2 itu tidak panjang. Takpe lah...yang patah tumbuh yang hilang berganti. 

Dan kerana mood telah bertukar menjadi tidak tentu hala atau orang puteh panggil swing mood disebabkan kematian idea2, saya dengan sombong sekali tidak mengendahkan apabila dikhabarkan tenet sudah kembali pulih kesihatannya sekitar jam 10 malam tadi. Tekun membuat report AI dan disambung dengan me-marathon lagi dan lagi episod running man yang awal2...walaupun pernah melihatnya tapi untuk kesekian kalinya saya maseh mahu menonton tanpa ada rasa jemu dan tanpa ada nawaitu untuk kembali kepada blog yang sangat2 dirindui ketika tenet tidak sihat itu.


Memilih antara dua....blog atau running man....saya pilih


                       

yeaaayyy!! running man. my hepines catalyst. sadness and loneliness dissappear in one second when i watching dis. =)


Sampailah saya baru berhenti melihat running man pada saat ini kerana dikhuatiri akan menyebabkan usus perut menjadi lebih bersimpul kerana ketawa dengan terlalu berdekah2 tadi. Jadi...saya kembali sekejap kepada blog takot2 blog merajuk hati dan memilih yang lain nanti.hek3 (try la pilih yang lain, aku hempuk blog ngan cangkul nanti...hehehe).

Berhenti di sini sahaja laporan untuk hari ini kerana jam sudah menunjukkan pukul 4.30pagi dan untuk memberi laluan sesi mengumpul taik mata plak..assalamualaikum.



p/s: patah perkataan yang sangat skema kerana mahu mendaulatkan bahasa ibunda. harap faham.

0 comments:

Post a Comment

 

Template by Best Web Hosting