Saturday 10 December 2011

Gastrik Yang Amat (T_T)

Tak tahu lah senipis mane dah dinding perut ni..mungkin senipis kulit bawang barangkali. Ini bukan main2..ini betul2. Tak mampu dah nak menderita lepas satu2 penyakit datang. Ingat makan pain killer sebab nak redakan sakit penyakit bila datang menyerang...alih2 gastrik pulak yang jadi teruk sebab salu makan pain killer.

Tapi...kalo nak di kira2...saya start gastrik time form 1 lagi. Pastu start amik pain killer time form 4 sampai la skang. Urm..lebih kurang 7 tahun dah badan ni embedded ngan pain killer. Dos pulak makin bertambah2. Mana tak bertambah teruk gastrik yang memang sedia ada ni. Tapi sejak kebelakangan ni...sakit gastrik mengalahkan penyakit utama saya plak...kalo hari tu 3 injection dalam masa 18 jam, dua malam lepas plak 2 injection dalam satu malam...semuanya sebab gastrik yang amat. Lame2 mati jugak saya ni....Ya Allah...tolong lah hilangkan sakit hamba Mu ini..

Bila baca2 fakta ni semua...makin rasa takut...makin rasa nak insaf dari makan pain killer...tapi...kalo tak makan pain killer i can't endure my pain..tsk3
-
-
-

Meh baca serba sedikit fakta mengenai GASTRIK:

Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).


ha...macam ni la saya rasa bila tahap sakit yang amat..macam dalam perut ni terbakar...sakit..tsk3



Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah,ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah. (*skang macam ni la saya rasa...bila makan lagi sakit yang amat. kalo tak makan pon akan bertambah lame lagi nak sembuh..tak tahu nak makan ke tak nak..)

Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen), pedih
* Rasa senak, berangin

* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi

Siapa Yang Berisiko?

Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :
 
Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)

Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini
 
- Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)

- Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :

i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan

ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini.
 
- Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.
 
- Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.

-
-
-


Hurm...dari semalam dah bape biji ubat gastrik dah telan, dah bergelas2 susu diteguk sampai dah nak muntah rasanya..tapi still tak ilang2 kepedihan perut ni...sakitnye yang amat. Makan nasi cket je terase nak muntah..membazir je rumet tolong belikan makanan..tapi kalo tak makan lagi payah nak sembuh gastrik degil nih. Bergenang sekejap air mata bila mak tepon tanya...time2 sakit gini la rasa nak balik sakit kat umah je. 

Skang..pilihan kat tangan saya. Either still nak continue makan pain killer untuk kurangkan rasa sakit time diserang penyakit itu atau nak tanggung sakit kepedihan gastrik yang nyata boleh membawa maut. Pikir-pikirkan lah huda sindarela...semuanya terserah pada anda.


*yang bold tu yang berkait dengan saya.

2 comments:

Post a Comment

 

Template by Best Web Hosting