Saturday 24 December 2011

Kesayangan & Kerisauan Abah

Time tulis entry ni, jam kat skrin laptop dah menunjukkan kul 5.36 am. Wat apela saya pagi2 buta tak tido lagi ni..

Bukan tak boleh tido..tapi baru siapkan separuh report lab Process Control. Tinggal result je belom buat lagi. Tunggu file yang member hantar ikut skype dah berjam2 tak dapat. Memang terbaik lah tenet kat uni nih. Memang menguji kesabaran huda sindarela.

Tapi setakat ujian camtu saya tak kisah sangat. Sepatutnya detik ni, tika ni, saya best2 je tido kat katil lam bilik sendiri i mean kat my hometown. Tapi...tsk3..disebabkan bantahan dari abah untuk tidak membenarkan saya balik menumpang kawan, maka terpaksa lah duduk kat uni menghadapi saat2 study week bersama2 assignment yang masih lagi bertimbun2.

Sedih kot tengok orang lain pikul, heret dan galas beg balik kampung. Sob sob sob. Kesat2 air mata. Ehh..ni kejadian semalam. Skang mana ade nangis dah. Tak tahu la kenapa cepat sangat tacing skang. Tak leh balik kampung pon jadik tacing yang amat. Padahal awak tu dah tahun akhir cik huda ooii. huhu...Yang ni memang menguji kesabaran dan kekuatan hati.

Tadi ma tepon lagi sekali. Risau la tuh. Takut anak kebongsuan dan kesayangan mereka frust menunggeng bila abah tak bagi balik. Abah dah kuarkan rule yang tak sapa2 boleh calen dah. Even ma pujok abah suh benarkan saya balik tumpang member pon tak berjaya. Teeheehee..tadi ma explen panjang lebar nak redakan kesedihan hati anaknye inih.huhu

Ma cakap yang ni abah sayang lebeh.kui3...ye ke ma?? Tibe2 ilang rasa sedeh tadi. Ma cakap lagi abah risaw..jauh nak drive nak2 kami dua orang je pastu perempuan pulak. Kalo ada apa2 berlaku kat tengah2 jalan tu sapa yang susah. Bila pikir2 betul je komentar abah tu. Tapi disebabkan kerinduan melampau terhadap ma ngan abah tambah2 rindu menggila kat baby imani lagi la wat saya nak balik sungguh2. Even dah tahu dari dulu lagi abah memang tak bagi kalo nak tumpang orang tak kisahla balik kampung atau time nak balik u. Tapi disebabkan ada jugak darah degil yang diwarisi (huk3), try gak convince ma suh pujok abah. Last2 tewas jugak. Abah cakap nak balik ngan BAS. Titik. Oke...

agak2..kalo dah pandai kete nanti abah bagi tak bawak kete nih. i bet, abah akan jawab NO! =.='


abah lagi rela camni....

nampak tak abah dalam kete tu?? haa..dia sanggup pegi antar pegi amik kalo saya nak kua mana2. sighh...bistu bile anak abah nak independentnye. esok2 saya dah keje insyaAllah akan ada kete sendri. ye tak?

Hurmm..takpe lah abah. Tak mo wat abah risaw. Saya akur duk kat sini je time study week ni. T______T


2 comments:

Neo_matrixzz said...

pehhhh dasatnye kete...

Huda Sindarela said...

uhhhu.kete abg belikan tuk abah. xsabr nk tunggu abg blik semenanjung amik balik kete tu pakai tuk die sendri. abah tak seswai kot bawak kete nih.huk3..tu kete org mude kot.huhu

Post a Comment

 

Template by Best Web Hosting