Saturday 14 January 2012

Bila masanya untuk berhenti berharap??


Dalam hidup ni kan, terlalu banyak keinginan yang hendak kita capai. Memang lumrahnya manusia, seboleh mungkin kita mahu berjaya dapatkan apa yang kita nak. Tapi hidup ni bukan cite dalam novel. Bukan jugak drama mahupun filem yang tayang kat televisyen tuh. Semua ending cite hepi. Bahgia.

Tapi kan, kalo pikir2..hidup ni tak semudah yang disangka. Ada ketika kita nak kerjaya yang hebat-hebat. Ada ketika pulak kita nak naik kete yang mewah2. Bila tengok orang lain bahgia dengan family masing2, kita pon nak ada family camtu. Ada pulak bila tengok orang lain hepi bahgia dengan orang yang mereka sayang, kita lebih2 lagi nak jadi macam mereka. 

Satu benda kita kene ingat. Setiap orang nasib mereka tak sama. Mungkin sekarang kita tengok orang sekeliling kita bertuah dapat apa yang mereka nak. Hidup diorang serba lengkap. Everything is perfects. Tapi kita tak. Bila jadi macam ni kita salu salahkan diri kita. Kononnya kita tak bernasib baik. Kononnya kita malang la apa lah.

Jangan. Jangan pernah ada rasa camtu. Mungkin hari ini hari mereka. Mana tahu esok hari kita pulak. Oke..dah panjang taip masih tak capai objektif lagi.

Baiklah. Berbalik pada topik. Bila segala apa yang kita impikan tidak tercapai, sila lah berhenti berharap. Berhenti berharap bukan bermaksud kita mengalah. Bila kita berhenti berharap untuk memiliki apa yang kita nak, sebenarnya kita membuka satu ruang pada diri kita untuk lebih menghargai apa yang kita sedia ada.

Kenapa saya cakap macam tu?? Pernah tak rasa bila kita berharap sangat pada sumtin, kita dah tertutup untuk melihat sesuatu yang lebih baik. Bagi contoh senang la kan. Time kite pergi mall nak carik baju. Carik pulak kaler feveret kaler biru. Nak corak kotak2. Carik punya carik tak jumpa. Walhal kat situ kita banyak lagi baju yang lagi cantik bagi popuan atau baju yang lagi nampak cool bagi laki. Tapi kita terlepas pandang semua tu. Kenapa?? Sebabnya kita asyik sangat dok cari apa yang kita nak, apa yang kita dah set kan dalam mind kita. Boleh nampak tak kat situ betapa tertutupnya kita??

Tapi kita tak putus asa. Kita usaha gak cari baju yang kita nak tu. Tak kisahla kaki bagai nak patah dok pusing2 satu mall. Perut berkeroncong pon cakap nanti dolu sebab nak carik jugak baju tu camne sekalipon. Tak jumpa gak ari ni. Esok datang lagi. Tak jumpa gak cari pulak kat mall lain. Abih satu bandar kita tawaf tuk dapatkan sehelai baju kaler biru corak kotak2.

Tapi nak dijadikan cite lah, waktu tu memang satu mall dalam mesia ni dah abih stok baju kale biru corak kotak2. Ha..bila dah macam ni kita diharuskan untuk berputus asa. Tahu kenapa?? Sebab baju tu memang tak ditakdirkan untuk kita miliki pada waktu tu. Hatta kita pergi merayu kat hatta dolmat sekalipon suh design baju kaler biru corak kotak2, kalo dia cakap takde memang takdelah. So, baik lah kita berputus asa untuk cari baju yang kita nak tu daripada kita terus menyiksa diri.

Nampak kan. Betapa keinginan kita untuk memiliki sesuatu tak tercapai akhirnya even kita dah tahu awal2 lagi cuma tak nak putus aje. Degil orang cakap.

Jadik..dalam hidup ni kalo kita rasa kita tak mampu memilki sesuatu apa yang kita nak tapi kita dah berusaha untuk dapatkannya dan memang sesuatu itu bukan untuk kita, kita boleh berhenti berharap. Berusaha dapatkan yang lain. Yang lagi elok. Yang lagi baik. Yang mungkin kita terlepas pandang time kita syok dok kejar yang bukan  milik kita. Ingat tu.Paham!


------------------------------------------------------------------------------------------
~ should i give up too?? there's sumtin dat i'm not sure but i try to get it. perhaps dis time i need to give up.....it's not belong to me~




0 comments:

Post a Comment

 

Template by Best Web Hosting