Friday 13 January 2012

Penting sangat ke FIRST LOVE tu?

Okeh..malam ni kita feeling2 cket cakap sal cintan-cintun ni yep. Kalo rase alergik ngan bende yang namenye cinta ni silalah tinggalkan blog ni dengan kadar yang segera.Tiada paksaan dari mana2 pihak~

Cuba la try survey..takyah ramai2 pon takpe. Survey dalam suploh atau doploh orang pon cukopla. Pastu tanya apa pendapat mereka tentang first love nih? Kompem kerat ranting kayu lah mesti banyak jawapan yang kita akan dengar yang macam lebih kurang gini ha bunyiknyer..

"..dia first love aku wei..mane bleh lupa..."

takpon camni

"..cinta pertama tu..sampai mati akan ingat.."

kalo nak parah lagi gini ha

"...aku akan tunggu dia sampai bila2..dia cinta pertama aku...sob3"

Walaweh. Kuat betul penangan cinta pertama ni tahu. Memang tak nafikan banyak je yang ok kehidupan mereka even tak dapat bersama first love diorang pon. Tapi takleh nak deny jugak ramai yang hepi go lucky bertuah dapat berkongsi hidup bersama2 first love diorang. Kalo ada yang bertuah camni memang bonus untuk diorang.

Tapi kalo yang tak bernasib baik macam contoh2 kat atas camne plak?? Ha ni..nak habaq mei meh. Jangan sedeh2 oke..bukan best sangat pon first love ni. Memang la dari first love tu la korang kenal erti sayang-menyayang, erti berkongsi masalah dengan partner korang, erti suweett-muweet dan macam2 erti lagilah. Tapi kalo dah jodoh kita bukan dengan cinta pertama kita, apa kita boleh buat. Menangis air mata darah sekalipun kita memang tak ditakdirkan untuk bersama cinta pertama. Jadi kita harus ikhlas lepaskan cinta pertama tu. Biar dia mencari cinta yang seterusnya oke.

Cakap memang la mudah kan. Ye memang. Cakap memang mudah. Orang cakap cinta ke dua ke tiga sampai ke tiga ratus empat puloh enam kali bercinta pon tak kan sama dengan cinta pertama tu. Memang la weh tak sama. Sebab yang ko becinta ke dua ke tiga kali tu bukan dengan orang yang sama. So memang la tak sama. Tapi nak diingatkan disini jangan sampai anda terhegeh2 tak leh nak lupakan first love korang tu korang terlepas cinta yang benar2 tulus. Mana tahu cinta benar, cinta tulus tu lalu menyapa anda saat anda berduka teringatkan cinta pertama tu. Melepas free2. Putih mata lagik skali.hik3 ..(oke. tak klakar)

Tapi ada satu bende yang saya nak ingatkan. Kalo pasangan anda tu sanggup lepaskan anda yang juga cinta pertama beliau, maka tak perlulah menangisi pasangan anda yang bodoh lagi tak reti bahasa itu. (oh..maap. terkasar bahasa). Nak2 biasanya kalo pasangan yang dua2 belah pihak adalah cinta pertama, mereka banyak melalui zaman susah together2. Yelah, dua2 first time kapel. Sehabis mungkin menjaga hubungan antara satu sama lain. Tup2 break off kat tengah jalan atas sebab musabab salah satu pihak. Yang gini tak yah nak rasa dump teruk2. Sebab apa?? Sebab terang lagi bersuloh yang pihak itu dalam kepala dia ada satu zarah neuron yang memang dah set sejak dari azali lagi : 'KALO ADA CINTA PERTAMA, AKAN ADA CINTA KE-2, KE-3, KE-4 DAN SETERUSSSSSNYYAA...'. Betul tak statement ni?? Kalo salah sila betulkan.

Jadi bagi saya sendiri la kan, just let go ur first love without any regret. Apa yang penting jangan putus asa disebabkan cinta pertama. Jadikan first love tu satu kelas permulaan pembelajaran subjek sosial @ orang putih panggil Socials Relation for Beginners agar bila anda belajar Social Relation for Intermediate @ cinta seterusnya, anda akan lebih matang dalam perhubungan anda. InsyaAllah..jodoh ajal maut semuanya dah ditentukan Dia awal2 lagi. Just prays agar jodoh anda kelak adalah sebaik2 pasangan untuk anda.

Meh kita tanya apa pendapat cik huda sindarela memandangkan beliau sendiri ada pengalaman tak tercapai first love nih. Ikuti sedikit komen beliau kat bawah ini:

"...urmm..bagi huda, its oke if hilang first love. sedih memang ada. tapi tak gune kalo sedih untuk bende yang tak gune kan?? sebab yang lagi penting, yang lagi bermakna pada huda bukan cinta pertama, tapi CINTA TERAKHIR. kalo cinta terakhir huda tahu huda adalah cinta terakhir dia..." sambil senyum. >.<

 
-----------------------------------------------------------------------
Sekian.


p/s: ini adalah pandangan saya sahaja. setiap orang ada pandangan masing2. dan saya tahu saya tak layak bercakap pasal cinta. just a try.



4 comments:

Silent said...

oke fine. nak terase tibe tibe.hoho

ainraus said...

hey. it's true.
but i really hope, that my first love will be the last for me. :)

Huda Sindarela said...

silent: maap lah ye kalo trase. aku wat tuk peringtn diri senri jek.huhu

Huda Sindarela said...

u r so lucky if u have both :)
btw thanks ya follw back my childish blog :)

Post a Comment

 

Template by Best Web Hosting