Sunday 20 November 2011

Ya Allah..beri aku kekuatan


Semalam..adakah kebetulan atau suratan??..sungguh aku tak kuat mengharungi dugaan demi dugaan dalam satu masa yang singkat..aku insan lemah yang mudah tersungkur dikala hati diuji dengan dugaan yang maha berat dari Mu..

Semalam..sepatutnya kami hang out semata2 untuk menceriakan aku setelah sebuah cerita kegembiraan kepalsuan akhirnya terbongkar jua..walau pedih aku terpaksa harung..walau pahit aku terpaksa telan..walau sakit aku terpaksa tahan..dalam kesibukkan untuk menyiapkan proposal dan presentation PSM 1 yang akan di evaluate pada hari rabu ini, aku terpaksa menabahkan hati untuk melupakan semua kepahitan demi tugas ku sebagai seorang pelajar tahun akhir..

 Tapi semalam ketika aku masih tercari2 kegembiraan di hati, aku sekali lagi diuji dengan sebuah kejutan yang kali ini lebih berat untuk ku pikul..siapa sangka yang aku akan dipertemukan dengan dia bersama ‘soulmatenye barangkali’ dalam keadaan aku baru sahaja terluka...sungguh tak kuat. Saat Salina, my even best friend, memberitahu aku bahawa dia terserempak dengan M bersama gurl, hati bagai dihiris2 lagi..sungguh tak kuat. Mungkin aku terlewat dua tiga langkah..tapi Allah itu maha menolong hambanya..mungkin Dia tahu aku tidak cukup kuat untul melihat dengan mata ku sendiri..jadi aku tidak sempat untuk melihat mereka berjalan bersama2...

Saat itu badan terasa seperti menggigil..kawan2 yang lain pergi mengejar untuk memastikan itu adalah M..aku berjalan keseorangan tanpa hala tuju dalam bangunan yang cukup besar..time tu otak benar2 tak berfungsi..yang ada hanya kenapa kenapa kenapa? Kenapa aku ditunjukkan dengan semua ini dalam masa yang sama? Kenapa aku diuji lagi?..akhirnya kaki membawa aku ke sebuah kedai buku..dihujung rak yang paling akhir aku terduduk menangis disitu...bodohnya rasa. Aku tak mampu mengawal hati. Mana sisi hati ku yang kuat? Kenapa aku tak boleh gunakan nya pada masa aku betul2 tak mampu berdiri? Arghh......bodoh nya aku.

Setelah tersedu2 disitu hampir bebrape waktu..aku kembali mencari teman2 ku. Ikutkan hati aku memang tak nak keluar dari tempat persembunyian tu..tapi kalau pekerja kedai buku tu jumpa aku time tengah menangis tak ke lagi malu..gagahkan diri jua mencari teman2. Di tengah2 ramai, di riba Salina aku menangis lagi saat aku menemui  mereka..aku tak kuat..maaf Salina..i’m shame on u.  

Dan semalam..aku hampir tewas mengawal hati dari terus menangis..walau anggota badan mahu berhenti bersedih, tapi mata tetap tidak mahu berhenti  mengalirkan tears..murah sangat air mata ku on dat time. Shit~ . What i felt stupid da most is, aku mati2 ingat dia join tournament game yesterday..tapi entah macam mana aku dipertemukan dengan dia disitu even aku tak nampak dengan mata ku sendiri..sedih..sedih sangat.
But, the powers of friends heal everything. Macam2 mereka lakukan untuk mengembalikan semangat ku. At last, even mata still bengkak sampai ke saat ini..but i think i feel better than last nite. 


For all my awesome frenss.........

Salina ~ ...awak tak salah..kalau awak tak terserempak dengan diorang sampai bila pun saya akan still bermain dengan teka-teki. Sekarang saya dah tahu jawapan yang saya pernah tanya M. Last meeting kami pun i’m even asked him bout dis but he answ. me, no. Thanks to u..saya dah tahu jawapannya sekarang.. I’m even crying on ur lap..huhu. Don be migraine anymore by thinking dat is ur fault.huhu

Cken ~..u r the best. Awak tahu saya tak kuat kan semalam..awak pimpin tangan saya takut saya jatuh yer??huhu..thanks my fren. Hari tu pun perkhabaran duka pertama pun saya bagitahu awak dulu sebab awak yang duduk sebelah saya dalam kelas ritu..masa tu pun saya menangis jugak kan.huhu..tapi pandai kan kita cover cakap awak wat joke sampai mata saya berair..haha. Sampai tak de suara awak semalam karok tuk ceriakan saya semula.hoho..really thanks to u.

 Wan ~..my even best roomate ever. Saya tahu wan penat sangat follow jadi driver kami..nak2 saya tak nak balik lagi walaupun dah lewat semalam.huhu..bila wan tanya nak pegi mana lagi..saya jawab nak pegi menyelam dan tak mahu timbul2 dah. Wan marah kan saya wat joke camtu..hahah. Actually, deep in my heart i’m really mean dat. But thinking i’m still have family and all my awesome fren, why i need to do something more stupid in my life. 

Mizah ~..even awak macam ketinggalan dengan masalah saya, tap saya tahu awak bersusah payah berusaha untuk megembalikan semangat saya semalam. Lebih2 lagi awak sanggup jadi camerawoman saya semalam.hee..really thanks to u. After presentation our PSM1 kite wat header blog saya same2 yep.huhu..

Pe’e ~..tak ketinggalan..walaupun awak jauh beratus kilometer dari saya tapi awak still ade time kawan awak yang sorang ni sedih. Terima kaseh sebab sanggup dengar cerita sadis saya semalam. Sory disturbed ur study smalam.huhu

Untuk M ~..saya doakan awak bahagia bersama si dia.......


0 comments:

Post a Comment

 

Template by Best Web Hosting